Saturday, February 6, 2010

Tidur Dengan Senyuman

Yo…. Hari Ni Best (Buat Due Post G…..)…. Lepas Maghrib, Aku Dan A (Rumah Aku Sume A) Pergi Ke Citraland… Alhamdulillah, Sempat Nek Angkut Sebelum Kene Hujan… Huu~~~ Tapi Berlaku Satu Kisah Yang Celaka Skit….. Separuh Jalan Jer Macet…. Tension Aku Ngan A…. Haishh… Turun Jer La Dari Angkut Tuh…. Layan Hujan Rintik2 Skit…. Kelakar Gak R… A Angkat Seluar Gaye Pompuan… Kikikiki… Anyway, Onto The Next Round (Dah Jadi Trademark Dah)……

Sampai Kat CL…. Pergi La Kat Kedai Tuh… Terjumpa Barang Yang Dinanti Sejak Sekian Lame…. Glow In The Dark…. Masalahnye…. Kedai Perempuan, Waktu Valentine Lak Tuh, Tambah Perisa Lagi, Ngan Jantan Lak Masuk…. Nak Jadi Cerita, Tyme Aku Nak Masuk, Jumpa Plak Batch 2009 Indonesia… Hahaha… Dyeorang Senyum Jer… Bahayer Betul…. Nasib Bek Pandai Cover… Kikiki… Off Ke Next Round….

Lepas Beli Barang Tuh, Aku Ngan A G Kedai Baju Matahari…. Jumpe Beberape Yang Berkenan… Satu Lagi Masalah, Jumpa Yang Kapel Jer… Aku Nak Beli, Kapel Takde (Aku Ade Awek Ker??) Nampak Baju Berkenan… Hati Kate Beli, Dompet Kate Jangan… Huuu~~~ Last2 Beli…. Kikiki…. Balik Ngan A, Tetibe Die Kate Nak Belanje (Aku Pakse Gak R)Hehehe… Pecel Pun Pecel La…. Akhir Kate, Aku Rase Puas Pada Hari Ini… Jumpa Teman Yang Baik… Datang Kat Rumah Ni…. Sejuk Hati Ade Teman Yang Masih Ingatkan Kite… Kikiki…. Malam Ini, Aku Tidur Dengan Senyuman Dan Impian Untuk Melihat Kembali Senyumannya (Tahu Kan Sape) Pada Hari Esok…. Assalamualaikum…..

Style Informal Mula Beraksi~~~

Nak Guna Style Informal Dah Lepas Ni.. Ade Orang Kate, “Dude, Kau Amik Sastera Eyh?” Sedih Bila Dengar Orang Cakap Macam Tuh… Muke Hensem Ni Orang Kate Muke Sastera?? Susah2… Huuu~~~ Anyway…. Hari Ni Cam Beser Jer…. Duk Terperap Lam Bilik Ngan Mate Terbukak (Terbukak! Bukan Tertutup) Sampai Kul 9… Agak2 Mbak Datang Nak Bersih Bilik…. Kikiki… Cam Best Jer Ade Mbak, Bilik Dah Macam Kene Mystical Space Of Typhoon (Sape Taw Kad Yugi, Tahu La Tu) Sekali Ngan Black Hole…. Barang Entah Kene Campak Kat Mane… Mbak Tengok Bilik, Terus Dye Geleng… Giler Nak Terbahak Aku Tyme Tuh…. Kikiki

Now Onto The Next Round…. Terbantut Nak G Rumah May2 Sebab Ade Mayat Tuh Tak Bangun2 Dari Tidur Sampai Kul 12…. Aku Pun Join Mayat Tuh Lam Kul 11 (Be4 That Men RO Sejam Due) Sampai Kul 2.. Sempat Zohor… Susah Lak Plak Nak G Rumah May2… Padahal Dekat Jer Pun (??)…. Banyak Giler Bende Terbantut… Nak G Kopro, Cancel… Nak G Villa Hijau, Cancel…. Nak G KLV, Cancel… Haishhh…. Nanti Nak G Citraland.. Harap Tak Cancel La…. Huuu~~~ Anyway…. Skunk Nak G Maghrib (Konon G Kat Masjid, Padahal Kat Rumah Je Pun… Kkikiki).. So…. Malam Ni Plaks… Chow~~~

Friday, February 5, 2010

Senyuman Kali Ini.....

Hari Ini Bermula Dengan Penuh Keindahan…. Mataku Terbuka Awal Pagi(??) Dan Tidak Menjangka Kelas Bermula Jam Setengah Sepuluh (Cakap Indonesia Jap).Sempat Juga Diri Ini Mencuba Skill Memasak, Walaupun Hanya Sekadar Sandwich Nugget…. Kenyang Pun Kenyang…. Pergi Menuju Ke Kelas, Berselisih Dengan Teman Yang Baik… Dia Membalas Senyuman Yang Sudah Lama Tidak Terukir Untukku… Alhamdulillah, Nampaknya Hatinya Sudah Sejuk…. Tidak Usah Ku Bicara Namanya, Lu Pikir La Sendiri….. Kikiki

Kelas Praktikum Bermula, Namun Jiwa Masih Keriangan Untuk Menjawab Ujian Akan Datang (Macam Nerd Jerk Aku)… Mula Membelek Tas…. Eh2, Lupa Pula Untuk Membawa Buku Praktikum… Mata Menjeling Pada Kawan Yang Berdekatan…. “M, Minta Tolong, Pinjamkan Buku” Nasib Baik Dia Pinjamkan, Last Sekali Tak Guna Gak (Mohon Ampun Ya, M)….

Masa Berlalu, Mendekati Ujian ProBABIlitas…. Ujian Yang Memenatkan, Ujian Yang Menyebalkan…. Soalan Yang Hanya Orang Yang Bergerak Satu Hala (Sehala) Sahaja Yang Boleh Menjawab… Alhamdulillah, Dapat Juga Menjawab Dengan Tenang…. Diri Memandang Jauh (Dekat Sahaja) Untuk Ke KAPO…. Membeli Belah Barang Dapur Untuk Dimasak Hari Ini…. Sesungguhnya Senyuman Kali Ini Amat Panjang…..

Setelah Selesai Membeli Barang Bersama A1,A2,A3…. Diri Ini Tergerak Hati Untuk Memasak Spaghetti Yang Sangat Best (Konon) Untuk Teman Serumah. Masak Punya Masak, Tiba-tiba Rasa Macam Orang Itali Yang Buat (Padahal Guna Yang Segera Sahaja)… Sangat Gembira Pada Hari Ini….. Walaupun Badan Penat, Melihatkan Senyuman Pada Teman Yang Sudah Lama Bertelingkah, Dan Melihat Wajah Gembira Pada Kawan Sangat Menenangkan Jiwa Ini. Sungguh Ku Mengharapkan Agar SenyumanDi Wajahmu Itu Kekal Walaupun Senyuman Di Bibir Ini Tidak Selamanya….




Thursday, February 4, 2010

Pertama Dan Selamanya....

Di Sini Ku Berdiri, Pertama Kali Di Dalam Alam Cyber Ini, Ingin Meluahkan Apa Yang Terkubur Di Dalam Diri Ini. Ku Melihat Dunia, Melihat Orang-orangnya, Penuh Dengan Keragaman, Penuh Dengan Kelainan, Aku Juga Tidak Kurangnya..... Aku Juga Seorang Insan Yang Mempunyai Ciri-Ciri Yang Unik, Sifat Yang Terhasil Setelah Sekian Lama Hidup Di Dunia Yang Penuh Dengan Ajarannya, Hari Demi Hari.... Inilah Aku, Seorang Manusia Yang Sedang Belajar, Ingin Mengenal Lebih Lanjut Mengenai Dunia Yang Penuh Pengalaman Ini.....

Ku Ingin Meluahkan, Pertama Dan Selamanya Terukir Di Dalam Hati Ini, Meluahkan Apa Yang Sudah Lama Terpendam Di Jiwa Ini..... Aku Sudah Puas, Jemu Terhadap Perlakuan Mereka, Tindakan Mereka Terhadapku.... Aku Sudah Tidak Tahan Dengan Layanan Dan Cemuhan Mereka.... Aku Tahu Aku Siapa, Tidak Layak Untuk Hadir Dalam Hidup Mereka, Tidak Sesuai Untuk Memasuki Apa Yang Mereka Gelar Sebagai Kumpulan Mereka.... Mungkin Aku Yang Terasa, Mungkin Aku Yang Sensitif Tetapi Itulah Hakikatnya, Itulah Realitinya.... Aku Melihat Pandangan Mereka, Pertama Kali Bersua....

Aku Tahu Fikiran Mereka "Kenapakah Lelaki Ini Hadir Di Sini?" "Bukankah Dia Lebih Elok Bersama Kumpulannya Sendiri?"..... Aku Tidak Menentang Mereka, Mencuba Untuk Memasuki Kumpulan Mereka, Tetapi Aku Gagal, Aku Tidak Berjaya...... Sudah Menjadi Takdir Untukku Hadir Di Hidup Kalian, Setiap Manusia Ada Peranan Di Dalam Hidup Masing-Masing.... Aku Malu Dengan Pernyataanku Ini, Tetapi Diriku Merasakan Tidak Patut Untuk Diri Ini Dibiarkan Di Tepi.......

Habis Madu Sepah Dibuang.... Mungkin Tidak Sesuai Bagi Diri Ini Mengungkapkannya Tetapi Inilah Perasaanku, Inilah Tanggapanku.... Setelah Tidak Diguna, Hanya Diletakkan Di Pinggiran, Menanti Saat Untuk Digunakan Kembali... Aku Sudah Lali... Tetapi Ku Juga Mengharapkan Lebih Dari Itu..... Mungkin Salahku Untuk Tidak Mencuba Mengenal, Atau Bagi Kalian, Terlalu Ingin Mengenal Diri Kalian.... Tetapi Apakan Daya, Itulah Aku.... Jika Aku Tidak Hadir Di Halaman Rumahmu, Maafkan Aku, Diriku Seperti Tidak Layak Untuk Hadir Bersama Sebumbung Denganmu....

Aku Takut, Takut Akan Perasaanmu... Aku Tahu Kamu Marah Padaku, Sudah Bebarapa Kali Aku Ingin Mencapai Hatimu, Namun Yang Keluar Hanyalah Keluhan.... Setelah Banyak Kali Kesilapan Yang Telah Ku Lakukan Padamu, Tidak Hairanlah Sepatah Kata Pun Tidak Diluahkan Padaku.... Aku Tidak Menyalahkanmu, Bahkan Tahu Diri Ini Yang Bersalah.... Kerana Itu, Aku Ingin Mengundur Diri Meminta Maaf Darimu... Tidak Mampu Untuk Diri Ini Menahan Kesunyian Tanpamu Di Sisi.... Aku Merindui Saat Gembira Yang Pernah Kita Hadapi Di Sunway Dahulu.... Aku Rindu Saat Mereka Mengatakan Kita Ibarat Abang Dan Adik.....

Aku Rindu......