Kata-Kata Hanya Satu Cara Menenangkan Hati Manusia, Janji Palsu Sering Ditaburkan Bagai Menanam Tebu Di Tepi Bibir. Diri Ini Sudah Sering Terkena Tempiasnya Kata Manis Mereka Semata-Mata Untuk Menyedapkan Diri Ini Daripada Kemuraman Yang Mereka Jangka Angkara Mereka. Mereka Sering Terlupa Bahawa Apa Yang Akan Berlaku Adalah Ketentuan Allah S.W.T. Mereka Sering Lupa Bahawa Hati Mereka Senang Terkena Perubahan. Tanpa Disedari, Kata Manis Dahulu Dilupakan, Dan Mereka Langsung Meninggalkan Diri Ini. Empunya Badan Tidak Kisah, Diri Ini Yang Sudah Mula Terasa Cubaan Yang Diberikan Allah Ini Amat Mencabar Kerana Diri Ini Tahu Bahawa Allah S.W.T Tidak Akan Memberikan Dugaan Ini Sekiranya Diri Ini Tidak Mampu Menanggungnya. Tidak Kisah Kerana HambaNya Ini Tahu Bahawa Setiap Yang Berlaku Tidak Seharusnya Mengikuti Kemahuan Hati Ini. Cuma Sekurangnya, Fikirkan, Fikirkanlah Sekiranya Kata-Kata Dirimu Itu Dapat Berubah Mengikut Masa, Dapatkah Dirimu Menahan Diri Daripada Mengubahnya Lagi Dalam Waktu Yang Akan Datang? Yang Aku Mampu Hanyalah Melalui Dugaan Ini Di Bawah Bimbingannya.
Wednesday, April 11, 2012
Kata-Kata Sering Dilupakan....
Thursday, April 5, 2012
Biasan Cermin....
Kadang Seperti Biasan Cermin, Kita Hanya Mengikut Tingkah Laku Mereka Yang Lebih Bertahap Tinggi Daripada Kita, Mengekori Jejak Langkah Mereka Yang Lebih Tahu, Seolah Hanya Mereka Yang Benar, Tiada Yang Lebih Benar Selain Mereka. Kadang Diri Ini Tertanya, Adakah Kita Hidup Seperti Mesin, Hanya Melakukan Apa Yang Diperintahkan, Hanya Menolak Apa Yang Dinafikan Tanpa Benar Terfikir Apa Yang Sebenarnya Di Sebalik Perbuatan Kita Itu? Kadang Fikiran Menebarkan Sayapnya, Mencari Apa Yang Digelar Rasionalisasi Mengenai Angkara Yang Sememangnya Harus Kita Fikirkan. Adakah Benar Mereka Melakukan Secara Benar Atau Secara Salah? Tidakkah Kita Selalu Lupa Bahawa Hidup Ini Berada Di Dalam Dunia Kelabu, Bukan Hanya Hitam Dan Putih. Berjalannya Sesuatu Rancangan Harus Dilihat Dari Pihak Perlaksana Dan Pihak Yang Dilaksanakan, Tidak Hanya Memikirkan Dari Satu Arah, Tetapi Daripada Pelbagai Arah. Ayat Ini Yang Sering Didengarkan Sekiranya Di Dunia Perdebatan, Namun, Berapa Banyakkah Daripada Kta Yang Benar Benar Mengambil Masa Mentafsirkan Ayat Ini? Kadang Seperti Biasan Cermin, Kita Hanya Mengikuti Jejak Langkah....
Thursday, August 4, 2011
Hubungan Yang Renggang
Sangat senang hubungan menjadi renggang, persahabatan menjadi rapuh, memori menjadi pudar. Salam perkenalan yang dahulunya penuh terisi dengan gelak ketawa, sindir menyindir kini hanya disapa dengan sekilas mata memandang. Teguran yang dahulunya sering mencapai telinga, kini hanya samar-samar kedengaran, dihapus oleh aliran masa yang kejam berlalu. Kadang kita sendiri tidak menyedari, diri ini tidak perasan, kadang hati ini merasakannya namun batasan fikiran menghalang kita untuk memahaminya. Kenapakah kita makin jauh persaudaraan sedangkan kita sangat dekat berada di atas bumi ini? Mengapakah kita tidak erat sedangkan dahulunya kita sering bertukar pendapat, bertutur kata yang lincah dikeluarkan oleh bibir kita? Adakah waktu yang berlalu telah memisahkan ukhuwah antara kita atau kerana kita sendiri yang terlalu leka dengan walhal dunia sehingga tidak mampu lagi kita berhubung bersama? Sangatlah menyedihkan sekiranya hubungan persahabatan yang telah teguh kita binakan terhakis akibat urusan dunia dan waktu yang berlalu kejam, sangatlah memilukan, sangatlah merintihkan sekiranya hubungan ini terus luput, terhapus dimamah dunia.
Saturday, July 9, 2011
Kebingungan Di Malam Hari
Jarum Jam Yang Terdetik Perlahan, Masa Yang Seolah Terhenti Di Keheningan Malam Ini, Telah Meletakkan Pemikiranku Di Dalam Keadaan Yang Memeningkan, Pertanyaan Yang penuh Putar Belitnya Dan Pandangan Yang Sangat Pelbagai Di Dalam Tubuhku Yang Kecil Ini. Hanya Dengan Pandangan Aku Yang Kecil Ini, Aku Tahu, Tidak Bermakna Bagi Mereka Yang Ramai, Cuma Aku Tidak Tahu Kenapa Mereka Sangat Mudah, Sangat Naif, Tulus, Dalam Menelan Apa Sahaja yang Diperkatakan Oleh Yang Lain. Benar, Ada Yang Meludah Kembali Apa Yang Diperkatakan Oleh Mereka Tetapi Setelah Itu, Memakan Kata-kata Yang Hampir Sama Dengan Yang Disuapkan Tadi. Tidakkah Fikiran Mereka Digunakan Untuk Menilai Apa Yang Diberikan? Tidakkah Mereka Tahu Ilmu Itu Bukan Untuk Diperkasakan Sahaja Tapi Untuk Digunakan? Akhirnya Mereka Sendiri Yang Rugi, Tenggelam Di Dalam Apa Yang Diberikan Kepada Mereka.
Kenapakah Mereka Tidak Berfikir, Bahawa Di Dalam Satu Organisasi, Pelbagai Biro Dan Bidang Yang Memainkan Peranan Mereka Dalam Menjayakan Satu Pentadbiran Yang Besar, Dan Tidak Bermaksud Yang Ketua Organisasi Adalah Yang Bersalah Sekiranya Satu Biro Yang Mengalami Kecundang? Benar, Ini Dapat Menjejaskan Imej Organisasi Tersebut Tapi Itu Tidak Bermaksud Mereka Bertanggungjawab Atas Apa Yang Dilakukan Oleh Bidang Tersebut. Sekali Lagi Benar, Dapat Dipersalahkan Bidang Tersebut Tapi Itu Tidak Bermakna Mereka Melakukannya Atas Dasar Intuisi Mereka Sahaja. Zaman Kini Sudah Diterbitkan Apa Yang Dipanggil Sebagai Hukum Undang-Undang Dan Seperti Umumnya, Semua Bidang Akan Merujuk Hukum Ini Untuk Melakukan Pekerjaannya. Tidak Sewenang-Wenangnya Mereka Menggunakan Kuasa Untuk Kesenangan Sendiri. Itu Yang Pasti. Pemikiran Tentang Perkara Ini Harus Diluruskan.
Kenapakah Mereka Memperbesarkan Yang Memang Besar? Seolah Meramalkan Terjadinya Tsunami Di Negara Hanya Kerana Berlakunya Banjir Di Kampung. Hanya Perlu Ditangani Dengan Tenang Dan Rundingan Secara Sabar Dan Tulus Pasti Tidak Huru-Hara Tindakan Yang Dilakukan. Tidakkah Mereka Tahu Sesuatu Masalah Itu Tidak Bagus Untuk Diperbesarkan Sehingga Dapat Menjerumus Kepada Kejatuhan Diri Sendiri Dan Pihak Lain? Apakah Agenda Mereka? Hanya Kerana Kesenangan? Hanya Kerana Publisisti? Aku Bingung Atas Soal Ini. Pengaruh Luar Sangat Senang Menetap Di Hati Kita, Sangat Mudah Untuk Menghancurkan Jiwa Kita, Sangat Gampang Untuk Mengelirukan Otak Kita. Hanya Dengan Ilmu, Dengan Agama Dan Dengan Keyakinan Dapat Kita Kuatkan Semangat Kita Dan Berfikir Secara Rasional.
Monday, April 25, 2011
Driver Of Fate....
It Has Been A While Since I Write Something In This Wall... Quite The Time I Have, With So Much To Do With A Little Of The Gift In Me To Do It.... Hardest Thing Was That, My Mind Say I Can’t But My Guts Says Otherwise, A Conflict Between Two Inside Forces.... It’s Something That We All Have To Face Some Time In Our Lifes.... Conflict To Do Something, To Decide Something, Even Sometimes To Say Something, It All Depends On Ourselves, Which Ones We Believe The Most.... I, I Take The Road More Taken, Using Guts, But Unlike Many Others, I Don’t Regret On It..... The Decision I Made, I Face With Modesty, And Determination.... That Is Who I Am...
Sometimes Others May Think Different About Your Decisions But That Does Not Mean You Have To Follow Their Words, It Is Your Choice, It Is Your Will To Do It, If You Think You Can, Then Just Go With It, Just Ride Along The Road You Made.... The Wheel Of Fate Is Turning And You Are Its Driver, Just Remember That.... This Is Me, Reporting In The Depth Of The Darkness, Reaching Up To The Light Of Others....
Tuesday, October 12, 2010
A New Memories, A New Start.....
When I Was Young, There Was A Treasure Map, Spreading Across My Mind, Making Sure No Other Person Can Take That Miraculous Place I’ve Been Searching, Cherishing For.... Right Now, It Is Filled With Dusts But Someday.... Maybe Someday I’ll Come Back Just To See It Once Again.... Even If The World Ever Changes.... Just Let Me Take To A Place That Will Hold This Piece Together.... Not Letting It Fade Away..... I Remember A Song When I Was Small, A Simple Song That Can Warm The Hearts That Dreams... The Secret Melody That Everyone Will Fond Upon.... Making Sure That The Harmony Of It Will Last Eternity..... Right Now, I Keep On Sighing.... Seeing Not Everyone Is Able To Grasp On That Dream... If I Could Turn Back The time, Take Me Back To When I Learned Tears For Losing Someone.... Making Sure That Loneliness Can’t Catch Up In Me....Can’t Catch Up In This Hallowed Heart....Tuesday, June 29, 2010
Curahan Kosong
Dengarkan Curahan Hati Ini, Aku Tahu Aku Tidak Berhak Untuk Menyuruh Kamu Membacanya, Siapalah Aku Kan, Hanya Ibarat Seekor Semut Yang Kecil Di Dalam Duniamu Yang Penuh Dengan Orang Yang Lebih Terkenal Dan Penting Daripada Aku. Curahan Hati Ini Pun Bukan Akan Mempengaruhi Kamu Pun, Tiada Makna Untuk Kamu Membacanya. Just Apa yang Terpendam Sejak Lama Dahulu, Cuma Sekarang Terlalu Banyak Dalam Hati Ini Untuk Menampungnya, Jadi Maafkan Saya Sekiranya Kamu Rasa Ini Menganggu Hidupmu. Kamu Mungkin Kata Aku Emotional, Mungkin Kata Aku Ni Macam Perempuan, Berkeluh Tak Tentu Pasal, Tapi Siapa Kata Lelaki Tidak Boleh Mengeluh. Dahulu Ketika Blok 1, Agama Dan Kita, Kita Nelajar Mengenai Taoism, Mengatakan Dalam Diri Kita, Tidak Kira Jantina, Akan Ada Jantina Yang Berlawanan Dalam Hati Kita. Atau Kamu Sudah Lupa Tentang Itu? Aku Tahu Kamu Lulus Agama, Aku Tidak Lulus Jadi Aku Harus Mengingatinya. Aku Pun Tahu Aku Sape Nak Membebel Tak Tentu Arah Kan? Aku Ni Cuma Sebutir Pasir....
Aku Amat Pelik Tentang Kehidupan, Tetang Janji. Bukan Apa, Kita, Tidak Kira Ahli Politik, Kawan, Musuh, pENDEK Kata Semua Orang Di Dalam Dunia Ini, Susah Sangat Nak Pegang Janji. Aku Pun Apa Kurang, So, Aku Takleh Nak Kate Sangat La Tentang Janji Ni. Just Aku Pelik Macamana Diaorang Leh Buat Janji Yang Susah Nak Tunaikan, Tengok Kapel-kapel Sekarang Selalu Kate “Aku Janji Nak Hidup Semati Ngan Awak” Tapi Last-Last Ajal Masing-Masing Berbeza. Tak Semati Bersama Pun. Mungkin Figure Of Speech Tapi Takyah R Sampai Exxagerate Sangat. Pastu Ade Yang Kate, “Aku Tak Akan Bercinta Lagi” Sebab Putus Cinta La Kan Maknenye Tu Kan, Pastu Lepas Sebulan Nampak Die Duk Ber*ehem-ehem* Belakang Semak. Tahulah Name Dye Making Love Tapi Tu Bukan Cara Die. Janji Hilang Kat Mane Ek? Kalau Janji Pulak Tak Tengok Keupayaan Diri, Tu Susah Gak... Haishhh
Maksud Pasal Making Love Ni Kan, Ape Maksud Cinta Tu? Cinta Pada Orang Yang Disayangi, Susah Ar Nak Nampak. Aku Nampak Orang Tu Pegang Tangan Terus Kate Orang Tu Bercinta, Tapi Cinta Tu Pe? Kawan Aku Ramai Yang Bercinta Tapi Aku Still Tak Tahu Ape Beza Die Ngan Kawan Biasa? Still Gelak Ketawa Gak Kan, Still Leh Rawat Kalau Sedih Kan? Still Leh Kuar Same2 Kan? Ape Beza Die? Aku Mungkin Tak Faham Sebab Aku Tak Pernah Bercinta, At Least Aku Rase Lah, Sebab Sume Yang Aku Pernah Nampak, Perempuan La Kan, Aku Leh Jer Berkawan. Kuar Sesame, Makan Sesame, So Cinta Ni Berkawan Jer Ker? Habis Kenapa Kapel Nak Sagat Berkapel? Takut Kawan Rapat Die Diambil Orang? Kalau Camtu, Kahwin Ke Tunang Ke? Tapi Susah Gak Kan Kalau Nak Kahwin Bila Ade Scholarship? Jadi Tunggu Jer La Sampai Langsai Hutang Ngan Kerajaan, Tengok Tanggungjawab Dah Cukup Belum Barulah Bercinta. Kalau Camtu Lagi Senang Nak Jaga Kawan Baik Ko Tu Kan... Ehehe.....
Cakap Pasal Tanggungjawab, Tanggungjawab Dah Cukup Ker Tak Ker, Camne Korang Tafsir? Sembahyang Cukup, Ibadat Cukup, Buat Baik, Tanggungjawab Agama Dah Cukup Ke Kalau Camtu? Ape Batas Tanggungjawab Cukup Ke Tak? I Mean, Of Course La Kena Sembahyang Buat Baik Tapi Sebanyak Mana Tu? Setiap Perbuatan Kita Dikira Kan? Camne Nak Tahu Yang Kita Buat Tu Baik Atau Tak? Mungkin Pada Pandangan Orang Ni Baik, Orang Tu Len Pulak Pandangan Dye.... So Camne? Susah Gak Nak Beritahu, Kan? Dah La, Nak Tidur Pulak... Pening Kepala.... Salam~~
