Sunday, March 3, 2013
Everything's Politics
Friday, July 6, 2012
Nikmat Dunia, Tugas Akhirat
Sunday, July 1, 2012
Penantian Suatu Keputusan
Saturday, June 23, 2012
Holding On....
Wednesday, April 11, 2012
Kata-Kata Sering Dilupakan....
Kata-Kata Hanya Satu Cara Menenangkan Hati Manusia, Janji Palsu Sering Ditaburkan Bagai Menanam Tebu Di Tepi Bibir. Diri Ini Sudah Sering Terkena Tempiasnya Kata Manis Mereka Semata-Mata Untuk Menyedapkan Diri Ini Daripada Kemuraman Yang Mereka Jangka Angkara Mereka. Mereka Sering Terlupa Bahawa Apa Yang Akan Berlaku Adalah Ketentuan Allah S.W.T. Mereka Sering Lupa Bahawa Hati Mereka Senang Terkena Perubahan. Tanpa Disedari, Kata Manis Dahulu Dilupakan, Dan Mereka Langsung Meninggalkan Diri Ini. Empunya Badan Tidak Kisah, Diri Ini Yang Sudah Mula Terasa Cubaan Yang Diberikan Allah Ini Amat Mencabar Kerana Diri Ini Tahu Bahawa Allah S.W.T Tidak Akan Memberikan Dugaan Ini Sekiranya Diri Ini Tidak Mampu Menanggungnya. Tidak Kisah Kerana HambaNya Ini Tahu Bahawa Setiap Yang Berlaku Tidak Seharusnya Mengikuti Kemahuan Hati Ini. Cuma Sekurangnya, Fikirkan, Fikirkanlah Sekiranya Kata-Kata Dirimu Itu Dapat Berubah Mengikut Masa, Dapatkah Dirimu Menahan Diri Daripada Mengubahnya Lagi Dalam Waktu Yang Akan Datang? Yang Aku Mampu Hanyalah Melalui Dugaan Ini Di Bawah Bimbingannya.
Thursday, April 5, 2012
Biasan Cermin....
Kadang Seperti Biasan Cermin, Kita Hanya Mengikut Tingkah Laku Mereka Yang Lebih Bertahap Tinggi Daripada Kita, Mengekori Jejak Langkah Mereka Yang Lebih Tahu, Seolah Hanya Mereka Yang Benar, Tiada Yang Lebih Benar Selain Mereka. Kadang Diri Ini Tertanya, Adakah Kita Hidup Seperti Mesin, Hanya Melakukan Apa Yang Diperintahkan, Hanya Menolak Apa Yang Dinafikan Tanpa Benar Terfikir Apa Yang Sebenarnya Di Sebalik Perbuatan Kita Itu? Kadang Fikiran Menebarkan Sayapnya, Mencari Apa Yang Digelar Rasionalisasi Mengenai Angkara Yang Sememangnya Harus Kita Fikirkan. Adakah Benar Mereka Melakukan Secara Benar Atau Secara Salah? Tidakkah Kita Selalu Lupa Bahawa Hidup Ini Berada Di Dalam Dunia Kelabu, Bukan Hanya Hitam Dan Putih. Berjalannya Sesuatu Rancangan Harus Dilihat Dari Pihak Perlaksana Dan Pihak Yang Dilaksanakan, Tidak Hanya Memikirkan Dari Satu Arah, Tetapi Daripada Pelbagai Arah. Ayat Ini Yang Sering Didengarkan Sekiranya Di Dunia Perdebatan, Namun, Berapa Banyakkah Daripada Kta Yang Benar Benar Mengambil Masa Mentafsirkan Ayat Ini? Kadang Seperti Biasan Cermin, Kita Hanya Mengikuti Jejak Langkah....
Thursday, August 4, 2011
Hubungan Yang Renggang
Sangat senang hubungan menjadi renggang, persahabatan menjadi rapuh, memori menjadi pudar. Salam perkenalan yang dahulunya penuh terisi dengan gelak ketawa, sindir menyindir kini hanya disapa dengan sekilas mata memandang. Teguran yang dahulunya sering mencapai telinga, kini hanya samar-samar kedengaran, dihapus oleh aliran masa yang kejam berlalu. Kadang kita sendiri tidak menyedari, diri ini tidak perasan, kadang hati ini merasakannya namun batasan fikiran menghalang kita untuk memahaminya. Kenapakah kita makin jauh persaudaraan sedangkan kita sangat dekat berada di atas bumi ini? Mengapakah kita tidak erat sedangkan dahulunya kita sering bertukar pendapat, bertutur kata yang lincah dikeluarkan oleh bibir kita? Adakah waktu yang berlalu telah memisahkan ukhuwah antara kita atau kerana kita sendiri yang terlalu leka dengan walhal dunia sehingga tidak mampu lagi kita berhubung bersama? Sangatlah menyedihkan sekiranya hubungan persahabatan yang telah teguh kita binakan terhakis akibat urusan dunia dan waktu yang berlalu kejam, sangatlah memilukan, sangatlah merintihkan sekiranya hubungan ini terus luput, terhapus dimamah dunia.