Manusia Kadang Alpa, Kadang
Lupa, Kadang Tidak Sedar Tentang Berlalunya Waktu, Sedar Tidak Sedar Kita Akan
Memasuki Ramadhan. Tetapi Benarkah Hanya Pada Bulan Penuh Rahmat Ini Sahaja
Kita Perlu Ingatkan Kepada Kebaikan, Kita Mengejar Syurga Akhirat Pada Waktu
Ini, Sedangkan Setelah Itu, Kita Kembali Lalai Dengan Tugas Dunia, Kembali
Hilang Minat Terhadap Saham Kita Di Akhirat. Kadang Kita Hanya Gembira Ramadhan
Tiba Kerana Nikmatnya Pada Saat Berbuka Dengan Beraneka Ragam Makanan Dan
Minuman Serta Mengetahui Tentang Bahagianya Saat Selesai Ramadhan Akan Tibanya
Syawal Yang Pasti Akan dipenuhi Dengan Gelak Ketawa Dan Riang Ria. Kita
Selalu Lupa Tentang Istiqamah, Dan Kelanjutan
Ibadah Lainnya. Tidak Inginkah Diri Ini Bergerak Ke Arah Kebaikan? Tidak
Mahukah Kita Diberkati Hidup Oleh Allah S.W.T.? Atau Kita Terlalu Selesa Dengan
Kondisi Adat Yang Penuh Sandiwara Ini Sehingga Takut Untuk Menuju Ke Jalan Yang
Lebih Baik.
Manusia Juga Kadang Terlupa Akan
Apa Yang Penting, Sehingga Berjuang Mengejar Apa Yang Tidak Perlu, Menoleh
Daripada Apa Yang Seharusnya Kepada Apa Yang Tidak Wajib. Sampai Bilakah Kita
Ingin Berada Di Takuk Yang lama Sekiranya Kita Tidak Mengorak Langkah Yang
Kecil Itu. Sesungguhnya Langkah Yang Kecil Dapat Mengubah Minda Kita Yang
Sangat Luas Ini. Tidak Kecewakah Kita Apabila Melihat Tindakan Kita Yag Kadang
Memalukan Ini? Make A Step And Change A Little Bit For A Better Future....
No comments:
Post a Comment