Pernah Sekali Kamu Bertanya, “Sanggupkah Kau Renangi Lautan Berapi Untukku?”. Hanya Satu Perkataan Yang Ku Luahkan “Tak”. Aku Tahu Itu Bukan Jawapan Yang Kau Harapkan Tetapi Hanya Senyuman Yang Dirimu Ukirkan Sebelum Pertanyaan Seterusnya. “Sanggupkah Kau Melukakan Dirimu Sekiranya Aku Ditangkap Dan Itu Adalah Syaratnya Untuk Aku Melepaskan Diri?”. Juga “Tak” Yang Menjadi Pilihanku. Senyumanmu Mula Menghilang. “ Sanggupkah Kau Membunuh Diri Sekiranya Aku Mencari Yang Lain?”. Masih Jua Aku Meluahkan Satu Kata- “Tak”. Saat Itu, Kau Terus Menitiskan Air Mata Dan Berpaling Daripadaku. Tidak Mampu Untuk Aku Memujukmu, Tidak Larat Untuk Aku Memanggilmu Kembali.
Kini, Di Hatiku Terasa Kehilanganmu, Namun Aku Masih Berpegang Pada Jawapanku- “Tak”. Kerana Aku Tidak Sanggup Untuk Melihatmu Risau Sekiranya Lautan Api Itu Menelanku Sebelum Sempat Untukku Mencapaimu. Tidak Sanggup Untuk Aku Melukakan Diriku Padahal Masih Ada Akal Dalam Fikiranku Untuk Membebaskanmu Tanpa Melukakan Diri Ini. Tidak Mungkin Kamu Akan Mencari Yang Lain Sekiranya Di Hatimu Sudah Ada Aku Yang Terpahat.
Namun, Diriku Ternyata Salah Kerana Kau Masih Jua Melangkah Pergi Dariku. Tanpa Sebarang Penjelasan, Dirimu Hilang Daripada Pandangan. Hanya Satu Yang Ku Harapkan, Agar Kamu Masih Mampu Kembali Pada Diriku…
No comments:
Post a Comment