Hari Ini, Aku Melihatmu,
Sekadar Memandang Dari Jauh,
Melihat Kamu Tersenyum,
Melihat Gelak Ketawamu,
Sedangkan Diri Ini Di Sudut,
Hanya Sekadar Memandang.
Memori Mula Menyusul Tiba,
Hati Mula Berasa Gusar,
Mataku Mula Tertutup Rapat,
Air Mata Mula Mengalir Hiba,
Tidak Mampu Lagi Jiwa Menahan,
Tidak Tahan Lagi Hati Terluka.
Dari Jauh Aku Bertanya,
Dari Jauh Diri Berbicara,
Soalan Ini Ingin Ku Perkata,
Ungkapan Yang Sekian Lama,
Terpendam Di Dalam Jiwa,
Terkubur Di Dalam Luka.
Ingatkah Dikau Saat Itu,
Ketika Senyuman Masih Di Bibirku,
Ketika Kamu Masih Disampingku,
Disaat Tanganmu Mengenggam Jemariku,
Ku Merasakan Pada Waktu Itu,
Kaulah Ibarat Abang Padaku.
Lupakah Dikau Pada Masa Itu,
Kau Menjagaku Sepenuh Hatimu,
Kau Melindungiku Dari Terjatuh,
Kau Tersenyum Melihatku,
Kau Ketawa Merenungku,
Di Saat Kita Bersama Di Situ.
Tapi Aku Telah Leka,
Tindakan Ku Memisahkan Kita,
Aku Terlalu Erat,
Aku Terlalu Rapat,
Persahabatan Mula Berpisah,
Senyumanmu Mula Menghilang.
Kini Ku Menyesal Terhadapku,
Ku Merinduimu,
Kapankah Kita Mampu,
Bertemu Kembali Seperti Dahulu,
Kerana Senyumanmu,
Membawa Kepada Kebahagiaanku….
jiwang karat...klah sepeda ku..
ReplyDeleteNie Bukan Jiwang... Huhuhu
ReplyDelete