Monday, March 8, 2010

Luahan Perpisahan....

Aku Berdiri Mendiamkan Diri, Menyedari Akan Kesilapanku Terhadapmu Ketika Masa Yang Lalu. Aku Yang Bersalah, Aku Tahu Bahawa Itulah Kata-kata Yang Ingin Kau Dengarkan, Ungkapan Yang Kau Harapkan Namun Lidahku Tidak Mampu Untuk Menuturkannya. Sedang Angin Bayu Meniup Lembut, Menyentuh Pipiku, Fikiranku Melayang Kepada Kisah Lalu – Di Saat Kita Bergembira Bersama. Pelbagai Aktiviti Dilakukan, Berbagai Jenaka Kita Tawakan, Puluhan Peristiwa Kita Harungi, Semuanya Bagi Mematangkan Diri Dan Jiwa Ini. Namun, Pada Tika Itu, Fikiran Ini Masih Belum Sedar Akan Kenyataan Itu….

Di Sini, Aku Berdiri, Mengharapkan Keampunan Darimu Walaupun Tahu Kamu Tidak Mungkin Akan Memaafkanku Atas Kesilapan Yang Telah Aku Lakukan. Selama 4 Bulan 13 Hari Kita Tidak Berbicara Sekalipun Banyak Yang Ingin Ku Luahkan Lagi Padamu. Hanya Kerana Itu, Air Mataku Tidak Berhenti Menitis Daripada Wajahku Yang Penuh Dengan Kekesalan Ini, Hanya Mampu Memperhati Dari Jauh, Hanya Mampu Melihat Senyumanmu Sendirian Tanpa Senyumanku Di Sisi. Aku Rindukan Saat Gembira Kita Bersama, Tika Kamu Sebagai Teman, Kamu Sebagai Sahabat, Kami Sebagai Ahli Keluarga….

Aku Mengaku, Kamu Ibarat Ahli Keluarga Ku Sendiri, Seorang Adik-Beradik Yang Melindungiku, Seorang Adik-Beradik Yang Aku Lindungi, Ketika Itu, Tiada Siapa Yang Mengata Kita, Tiada Yang Memutuskan Kita…. Tetapi Kini, Aku Hanyalah Memori Hitam Dari Masa Lampau, Tidak Mampu Lagi Untuk Hidup Di Sisimu Setelah Kesilapan Yang Aku Lakukan, Setelah Tiada Lagi Belas Kasihan Daripada Matamu….

Mereka Berkata, Sekiranya Mimpi Itu Menunjukkan Wajah Orang Yang Kita Kenal, Bermakna Orang Itu Ingin Berjumpa Dengan Kita. Sekiranya Begitu, Pasti Aku Selalu Hadir Dalam Mimpimu Kerana Tidak Mampu Lagi Untuk Aku Menahan Perasaan Ini, Perasaan Untuk Berjumpa Denganmu… Akhir Kata, Ini Hanyalah Luahan Insan Yang Terluka Hatinya Kerana Kepercayaan Persahabatan Yang Tidak Utuh Lagi Dan Mengharapkan Pertemuan Kembali Dengan Suasana Yang Bahagia……

Thursday, March 4, 2010

A Word To Wonder....

Hari Ini Berlaku Satu Kejadian Yang Membuat Aku Berfikir…. Fikir Tentang Kehidupan Menjadi Doktor, Kehidupan Apabila Sudah Graduate Nanti, Cerita Dia Bermula Setelah Aku Membuka TV Setelah Penat Perah Otak Membaca Buku (Membaca La Sangat, Taraf Belek-Belek Je Kot)…. Buka TV Tuh, Tekan Channel AXN, Nampak Citer CSI:NY…. Feberet Nih… Berlaku Adegan Yang Sedih (Taklah Sampai Menangis) Di Mana Kenalan Danny Messer Meninggal Masa Atas Jagaan Dia… Budak Lagi Tuh…. Tapi Bukan Salah Danny Tuh… Tengok Season 4 Episod 11 Eyh Kalau Nak Tahu Ceriter… Tapi Tu Penggerak Yang Membuat Aku Berfikir…. The Next Round…..

Fikiran Aku Melayang Kepada Mungkin Masa Depan Yang Aku Miliki (Bukan Berkhayal Kay)… Seorang Ibu Datang Menyerahkan Anaknya Untuk Dirawati Oleh Kepakaran Ku (Chee~~) Dan Aku Menerimanya, Berfikir Bahawa Memang Itu Tanggungjawabku… Tapi Mungkin Atas Kelewatan Diagnosis, Atau Kesalahan Diagnosis Atau Kesilapan Lain, Anak Itu Meninggal Di Bawah Jagaanku…. Di Sini Akan Muncul Dilema Seorang Doktor… The Next Round….

Bagaimanakah Akan Aku Beritahu Kepada Ibu Anak Tersebut? Dulu Ketika Mula-mula Memasuki Semester Satu, Kitorang Diajar, Dilatih Agar Tidak Berlaku Titisan Air Mata Pada Keluarga Pasien. Dulu Di Dalam Hati Tertanam Niat Untuk Menyelamatkan Semua Yang Datang Meminta Pertolongan Kesihatan…. Tetapi Apabila Berlaku Kejadian Ini, Bagaimanakah Kita Ingin Memulakan Perbicaraan Kita? Bagaimanakah Hati Ini Ini Mengungkapkan Kata Simpati Pada Ibu Yang Menaruh Harapan Tinggi Pada Kita Untuk Menyelamatkannya?... The Final Round…..

Seseorang Pernah Berbicara, Alah Bisa Tegah Biasa… Ungkapan Yang Biasa Didengari…. Mungkin Setelah Beberapa Kali ‘Membunuh’ Pasien, Mungkin Akan Biasa Untuk Mengungkapkan “Maaf, Tuhan Lebih Menyayangi Si Polan” Tetapi Mampukah Hati Ini Untuk Menahan Melihat Mereka Menangis Setelah Percaya Bahawa Kita Mampu Untuk Mengubatinya… Mungkin Tidak Apa Tetapi Cuba Fikir, Bagaimanakah Mereka Melihat Kita Di Mata Mereka…. Malam Ini, Akan Terfikir Di Dalam Otak, Bagaimanakah Aku Menghadapi Situasi Tersebut….

Tuesday, March 2, 2010

Dunia Yang Pelik Di Rumah.....

Indahnya Di Kala Pintu Rumahku Dibuka, Mempelawaku Masuk Ke Syurga Dunia Yang Sebelum Ini Hanya Terbayang Di Ingatan…Tetapi Tika Langkah Melangkah Masuk Menuju Ke Bilik Tidurku… Aku Terkedu Seketika…. “Asal Sume Barang Nampak Rendah? Atau Semuanya Mak Aku Potong Buat Kasi Rendah”. Sampaikan Katil Aku Pun Sknuk Paras Lutut Jer….Plek2… Huhu… Takpe La, Penat Sangat Travel Dari Jakarta Pulang Ke Kota (Terengganu Kota Okay…)…. Esok Je La Fikir… Onto The Next Round…..

Esok Pagi, Dapat SMS Untuk Aktiviti Hari Itu… Whaaa~~ Dari Pagi Sampai Petang Penuh.. Berjogging Ngan Cik T, Berbadminton Ngan Abang L, Berfutsal Ngan Saing-Saing Kampung Malam Berjelajah Pantai Mencari Orang Membuat Uuppssss~~ Hahaha… Dapat Gak Cekup Sorang Due… Malam Tu Memang Penat… Macam Kita Yang Kena Cekup…(Bukan Aku Kay) (Nak Jugak Tapi.. Peace~~) The Final Round…..

Pagi Hari Ini Pulak… Ada Niat Nak Mengemas Rumah.. Kemas2 Rumah, Terus Berjalan Tengahari Tuh… Daqpatlah Akibat Buruk Sebab Dah Lame Tak Bawak Muto… Tapi Bukan Salah Aku Pun… Keta Yang Langgar Tepi Muto Aku.. Sedeyh2.. My One And Only Transport Hilang… Huwaa~~~ Takpe La… Malam Ni Terpaksa Duk Rumah Ngan Family.. WHAT??!! Mak Aku N Ayah Aku Nak Kuar Berdua Malam Ni?? Pelik La Dunia Family Aku Malam Ni, Parents Yang Keluar, Anak Duk Diam2 Kat Rumah.. Waa~~~ Sedeyh2, Paper Pun, Best Jer Duk Kat Rumah…. Esok Ke Sekolah, So, Until Next Time….