Hari Ini Berlaku Satu Kejadian Yang Membuat Aku Berfikir…. Fikir Tentang Kehidupan Menjadi Doktor, Kehidupan Apabila Sudah Graduate Nanti, Cerita Dia Bermula Setelah Aku Membuka TV Setelah Penat Perah Otak Membaca Buku (Membaca La Sangat, Taraf Belek-Belek Je Kot)…. Buka TV Tuh, Tekan Channel AXN, Nampak Citer CSI:NY…. Feberet Nih… Berlaku Adegan Yang Sedih (Taklah Sampai Menangis) Di Mana Kenalan Danny Messer Meninggal Masa Atas Jagaan Dia… Budak Lagi Tuh…. Tapi Bukan Salah Danny Tuh… Tengok Season 4 Episod 11 Eyh Kalau Nak Tahu Ceriter… Tapi Tu Penggerak Yang Membuat Aku Berfikir…. The Next Round…..
Fikiran Aku Melayang Kepada Mungkin Masa Depan Yang Aku Miliki (Bukan Berkhayal Kay)… Seorang Ibu Datang Menyerahkan Anaknya Untuk Dirawati Oleh Kepakaran Ku (Chee~~) Dan Aku Menerimanya, Berfikir Bahawa Memang Itu Tanggungjawabku… Tapi Mungkin Atas Kelewatan Diagnosis, Atau Kesalahan Diagnosis Atau Kesilapan Lain, Anak Itu Meninggal Di Bawah Jagaanku…. Di Sini Akan Muncul Dilema Seorang Doktor… The Next Round….
Bagaimanakah Akan Aku Beritahu Kepada Ibu Anak Tersebut? Dulu Ketika Mula-mula Memasuki Semester Satu, Kitorang Diajar, Dilatih Agar Tidak Berlaku Titisan Air Mata Pada Keluarga Pasien. Dulu Di Dalam Hati Tertanam Niat Untuk Menyelamatkan Semua Yang Datang Meminta Pertolongan Kesihatan…. Tetapi Apabila Berlaku Kejadian Ini, Bagaimanakah Kita Ingin Memulakan Perbicaraan Kita? Bagaimanakah Hati Ini Ini Mengungkapkan Kata Simpati Pada Ibu Yang Menaruh Harapan Tinggi Pada Kita Untuk Menyelamatkannya?... The Final Round…..
Seseorang Pernah Berbicara, Alah Bisa Tegah Biasa… Ungkapan Yang Biasa Didengari…. Mungkin Setelah Beberapa Kali ‘Membunuh’ Pasien, Mungkin Akan Biasa Untuk Mengungkapkan “Maaf, Tuhan Lebih Menyayangi Si Polan” Tetapi Mampukah Hati Ini Untuk Menahan Melihat Mereka Menangis Setelah Percaya Bahawa Kita Mampu Untuk Mengubatinya… Mungkin Tidak Apa Tetapi
ai, ayat "alah bisa tegal biasa" uh, trase kot!!eheh
ReplyDeleteHmm~~~ Hahaha
ReplyDelete