Monday, March 8, 2010

Luahan Perpisahan....

Aku Berdiri Mendiamkan Diri, Menyedari Akan Kesilapanku Terhadapmu Ketika Masa Yang Lalu. Aku Yang Bersalah, Aku Tahu Bahawa Itulah Kata-kata Yang Ingin Kau Dengarkan, Ungkapan Yang Kau Harapkan Namun Lidahku Tidak Mampu Untuk Menuturkannya. Sedang Angin Bayu Meniup Lembut, Menyentuh Pipiku, Fikiranku Melayang Kepada Kisah Lalu – Di Saat Kita Bergembira Bersama. Pelbagai Aktiviti Dilakukan, Berbagai Jenaka Kita Tawakan, Puluhan Peristiwa Kita Harungi, Semuanya Bagi Mematangkan Diri Dan Jiwa Ini. Namun, Pada Tika Itu, Fikiran Ini Masih Belum Sedar Akan Kenyataan Itu….

Di Sini, Aku Berdiri, Mengharapkan Keampunan Darimu Walaupun Tahu Kamu Tidak Mungkin Akan Memaafkanku Atas Kesilapan Yang Telah Aku Lakukan. Selama 4 Bulan 13 Hari Kita Tidak Berbicara Sekalipun Banyak Yang Ingin Ku Luahkan Lagi Padamu. Hanya Kerana Itu, Air Mataku Tidak Berhenti Menitis Daripada Wajahku Yang Penuh Dengan Kekesalan Ini, Hanya Mampu Memperhati Dari Jauh, Hanya Mampu Melihat Senyumanmu Sendirian Tanpa Senyumanku Di Sisi. Aku Rindukan Saat Gembira Kita Bersama, Tika Kamu Sebagai Teman, Kamu Sebagai Sahabat, Kami Sebagai Ahli Keluarga….

Aku Mengaku, Kamu Ibarat Ahli Keluarga Ku Sendiri, Seorang Adik-Beradik Yang Melindungiku, Seorang Adik-Beradik Yang Aku Lindungi, Ketika Itu, Tiada Siapa Yang Mengata Kita, Tiada Yang Memutuskan Kita…. Tetapi Kini, Aku Hanyalah Memori Hitam Dari Masa Lampau, Tidak Mampu Lagi Untuk Hidup Di Sisimu Setelah Kesilapan Yang Aku Lakukan, Setelah Tiada Lagi Belas Kasihan Daripada Matamu….

Mereka Berkata, Sekiranya Mimpi Itu Menunjukkan Wajah Orang Yang Kita Kenal, Bermakna Orang Itu Ingin Berjumpa Dengan Kita. Sekiranya Begitu, Pasti Aku Selalu Hadir Dalam Mimpimu Kerana Tidak Mampu Lagi Untuk Aku Menahan Perasaan Ini, Perasaan Untuk Berjumpa Denganmu… Akhir Kata, Ini Hanyalah Luahan Insan Yang Terluka Hatinya Kerana Kepercayaan Persahabatan Yang Tidak Utuh Lagi Dan Mengharapkan Pertemuan Kembali Dengan Suasana Yang Bahagia……

2 comments: