Saturday, July 9, 2011

Kebingungan Di Malam Hari

Jarum Jam Yang Terdetik Perlahan, Masa Yang Seolah Terhenti Di Keheningan Malam Ini, Telah Meletakkan Pemikiranku Di Dalam Keadaan Yang Memeningkan, Pertanyaan Yang penuh Putar Belitnya Dan Pandangan Yang Sangat Pelbagai Di Dalam Tubuhku Yang Kecil Ini. Hanya Dengan Pandangan Aku Yang Kecil Ini, Aku Tahu, Tidak Bermakna Bagi Mereka Yang Ramai, Cuma Aku Tidak Tahu Kenapa Mereka Sangat Mudah, Sangat Naif, Tulus, Dalam Menelan Apa Sahaja yang Diperkatakan Oleh Yang Lain. Benar, Ada Yang Meludah Kembali Apa Yang Diperkatakan Oleh Mereka Tetapi Setelah Itu, Memakan Kata-kata Yang Hampir Sama Dengan Yang Disuapkan Tadi. Tidakkah Fikiran Mereka Digunakan Untuk Menilai Apa Yang Diberikan? Tidakkah Mereka Tahu Ilmu Itu Bukan Untuk Diperkasakan Sahaja Tapi Untuk Digunakan? Akhirnya Mereka Sendiri Yang Rugi, Tenggelam Di Dalam Apa Yang Diberikan Kepada Mereka.

Kenapakah Mereka Tidak Berfikir, Bahawa Di Dalam Satu Organisasi, Pelbagai Biro Dan Bidang Yang Memainkan Peranan Mereka Dalam Menjayakan Satu Pentadbiran Yang Besar, Dan Tidak Bermaksud Yang Ketua Organisasi Adalah Yang Bersalah Sekiranya Satu Biro Yang Mengalami Kecundang? Benar, Ini Dapat Menjejaskan Imej Organisasi Tersebut Tapi Itu Tidak Bermaksud Mereka Bertanggungjawab Atas Apa Yang Dilakukan Oleh Bidang Tersebut. Sekali Lagi Benar, Dapat Dipersalahkan Bidang Tersebut Tapi Itu Tidak Bermakna Mereka Melakukannya Atas Dasar Intuisi Mereka Sahaja. Zaman Kini Sudah Diterbitkan Apa Yang Dipanggil Sebagai Hukum Undang-Undang Dan Seperti Umumnya, Semua Bidang Akan Merujuk Hukum Ini Untuk Melakukan Pekerjaannya. Tidak Sewenang-Wenangnya Mereka Menggunakan Kuasa Untuk Kesenangan Sendiri. Itu Yang Pasti. Pemikiran Tentang Perkara Ini Harus Diluruskan.

Kenapakah Mereka Memperbesarkan Yang Memang Besar? Seolah Meramalkan Terjadinya Tsunami Di Negara Hanya Kerana Berlakunya Banjir Di Kampung. Hanya Perlu Ditangani Dengan Tenang Dan Rundingan Secara Sabar Dan Tulus Pasti Tidak Huru-Hara Tindakan Yang Dilakukan. Tidakkah Mereka Tahu Sesuatu Masalah Itu Tidak Bagus Untuk Diperbesarkan Sehingga Dapat Menjerumus Kepada Kejatuhan Diri Sendiri Dan Pihak Lain? Apakah Agenda Mereka? Hanya Kerana Kesenangan? Hanya Kerana Publisisti? Aku Bingung Atas Soal Ini. Pengaruh Luar Sangat Senang Menetap Di Hati Kita, Sangat Mudah Untuk Menghancurkan Jiwa Kita, Sangat Gampang Untuk Mengelirukan Otak Kita. Hanya Dengan Ilmu, Dengan Agama Dan Dengan Keyakinan Dapat Kita Kuatkan Semangat Kita Dan Berfikir Secara Rasional.