Wednesday, April 11, 2012

Kata-Kata Sering Dilupakan....

Kata-Kata Hanya Satu Cara Menenangkan Hati Manusia, Janji Palsu Sering Ditaburkan Bagai Menanam Tebu Di Tepi Bibir. Diri Ini Sudah Sering Terkena Tempiasnya Kata Manis Mereka Semata-Mata Untuk Menyedapkan Diri Ini Daripada Kemuraman Yang Mereka Jangka Angkara Mereka. Mereka Sering Terlupa Bahawa Apa Yang Akan Berlaku Adalah Ketentuan Allah S.W.T. Mereka Sering Lupa Bahawa Hati Mereka Senang Terkena Perubahan. Tanpa Disedari, Kata Manis Dahulu Dilupakan, Dan Mereka Langsung Meninggalkan Diri Ini. Empunya Badan Tidak Kisah, Diri Ini Yang Sudah Mula Terasa Cubaan Yang Diberikan Allah Ini Amat Mencabar Kerana Diri Ini Tahu Bahawa Allah S.W.T Tidak Akan Memberikan Dugaan Ini Sekiranya Diri Ini Tidak Mampu Menanggungnya. Tidak Kisah Kerana HambaNya Ini Tahu Bahawa Setiap Yang Berlaku Tidak Seharusnya Mengikuti Kemahuan Hati Ini. Cuma Sekurangnya, Fikirkan, Fikirkanlah Sekiranya Kata-Kata Dirimu Itu Dapat Berubah Mengikut Masa, Dapatkah Dirimu Menahan Diri Daripada Mengubahnya Lagi Dalam Waktu Yang Akan Datang? Yang Aku Mampu Hanyalah Melalui Dugaan Ini Di Bawah Bimbingannya.

Thursday, April 5, 2012

Biasan Cermin....

Kadang Seperti Biasan Cermin, Kita Hanya Mengikut Tingkah Laku Mereka Yang Lebih Bertahap Tinggi Daripada Kita, Mengekori Jejak Langkah Mereka Yang Lebih Tahu, Seolah Hanya Mereka Yang Benar, Tiada Yang Lebih Benar Selain Mereka. Kadang Diri Ini Tertanya, Adakah Kita Hidup Seperti Mesin, Hanya Melakukan Apa Yang Diperintahkan, Hanya Menolak Apa Yang Dinafikan Tanpa Benar Terfikir Apa Yang Sebenarnya Di Sebalik Perbuatan Kita Itu? Kadang Fikiran Menebarkan Sayapnya, Mencari Apa Yang Digelar Rasionalisasi Mengenai Angkara Yang Sememangnya Harus Kita Fikirkan. Adakah Benar Mereka Melakukan Secara Benar Atau Secara Salah? Tidakkah Kita Selalu Lupa Bahawa Hidup Ini Berada Di Dalam Dunia Kelabu, Bukan Hanya Hitam Dan Putih. Berjalannya Sesuatu Rancangan Harus Dilihat Dari Pihak Perlaksana Dan Pihak Yang Dilaksanakan, Tidak Hanya Memikirkan Dari Satu Arah, Tetapi Daripada Pelbagai Arah. Ayat Ini Yang Sering Didengarkan Sekiranya Di Dunia Perdebatan, Namun, Berapa Banyakkah Daripada Kta Yang Benar Benar Mengambil Masa Mentafsirkan Ayat Ini? Kadang Seperti Biasan Cermin, Kita Hanya Mengikuti Jejak Langkah....