Tuesday, October 12, 2010

A New Memories, A New Start.....

When I Was Young, There Was A Treasure Map, Spreading Across My Mind, Making Sure No Other Person Can Take That Miraculous Place I’ve Been Searching, Cherishing For.... Right Now, It Is Filled With Dusts But Someday.... Maybe Someday I’ll Come Back Just To See It Once Again.... Even If The World Ever Changes.... Just Let Me Take To A Place That Will Hold This Piece Together.... Not Letting It Fade Away..... I Remember A Song When I Was Small, A Simple Song That Can Warm The Hearts That Dreams... The Secret Melody That Everyone Will Fond Upon.... Making Sure That The Harmony Of It Will Last Eternity..... Right Now, I Keep On Sighing.... Seeing Not Everyone Is Able To Grasp On That Dream... If I Could Turn Back The time, Take Me Back To When I Learned Tears For Losing Someone.... Making Sure That Loneliness Can’t Catch Up In Me....Can’t Catch Up In This Hallowed Heart....

Tuesday, June 29, 2010

Curahan Kosong

Dengarkan Curahan Hati Ini, Aku Tahu Aku Tidak Berhak Untuk Menyuruh Kamu Membacanya, Siapalah Aku Kan, Hanya Ibarat Seekor Semut Yang Kecil Di Dalam Duniamu Yang Penuh Dengan Orang Yang Lebih Terkenal Dan Penting Daripada Aku. Curahan Hati Ini Pun Bukan Akan Mempengaruhi Kamu Pun, Tiada Makna Untuk Kamu Membacanya. Just Apa yang Terpendam Sejak Lama Dahulu, Cuma Sekarang Terlalu Banyak Dalam Hati Ini Untuk Menampungnya, Jadi Maafkan Saya Sekiranya Kamu Rasa Ini Menganggu Hidupmu. Kamu Mungkin Kata Aku Emotional, Mungkin Kata Aku Ni Macam Perempuan, Berkeluh Tak Tentu Pasal, Tapi Siapa Kata Lelaki Tidak Boleh Mengeluh. Dahulu Ketika Blok 1, Agama Dan Kita, Kita Nelajar Mengenai Taoism, Mengatakan Dalam Diri Kita, Tidak Kira Jantina, Akan Ada Jantina Yang Berlawanan Dalam Hati Kita. Atau Kamu Sudah Lupa Tentang Itu? Aku Tahu Kamu Lulus Agama, Aku Tidak Lulus Jadi Aku Harus Mengingatinya. Aku Pun Tahu Aku Sape Nak Membebel Tak Tentu Arah Kan? Aku Ni Cuma Sebutir Pasir....

Aku Amat Pelik Tentang Kehidupan, Tetang Janji. Bukan Apa, Kita, Tidak Kira Ahli Politik, Kawan, Musuh, pENDEK Kata Semua Orang Di Dalam Dunia Ini, Susah Sangat Nak Pegang Janji. Aku Pun Apa Kurang, So, Aku Takleh Nak Kate Sangat La Tentang Janji Ni. Just Aku Pelik Macamana Diaorang Leh Buat Janji Yang Susah Nak Tunaikan, Tengok Kapel-kapel Sekarang Selalu Kate “Aku Janji Nak Hidup Semati Ngan Awak” Tapi Last-Last Ajal Masing-Masing Berbeza. Tak Semati Bersama Pun. Mungkin Figure Of Speech Tapi Takyah R Sampai Exxagerate Sangat. Pastu Ade Yang Kate, “Aku Tak Akan Bercinta Lagi” Sebab Putus Cinta La Kan Maknenye Tu Kan, Pastu Lepas Sebulan Nampak Die Duk Ber*ehem-ehem* Belakang Semak. Tahulah Name Dye Making Love Tapi Tu Bukan Cara Die. Janji Hilang Kat Mane Ek? Kalau Janji Pulak Tak Tengok Keupayaan Diri, Tu Susah Gak... Haishhh

Maksud Pasal Making Love Ni Kan, Ape Maksud Cinta Tu? Cinta Pada Orang Yang Disayangi, Susah Ar Nak Nampak. Aku Nampak Orang Tu Pegang Tangan Terus Kate Orang Tu Bercinta, Tapi Cinta Tu Pe? Kawan Aku Ramai Yang Bercinta Tapi Aku Still Tak Tahu Ape Beza Die Ngan Kawan Biasa? Still Gelak Ketawa Gak Kan, Still Leh Rawat Kalau Sedih Kan? Still Leh Kuar Same2 Kan? Ape Beza Die? Aku Mungkin Tak Faham Sebab Aku Tak Pernah Bercinta, At Least Aku Rase Lah, Sebab Sume Yang Aku Pernah Nampak, Perempuan La Kan, Aku Leh Jer Berkawan. Kuar Sesame, Makan Sesame, So Cinta Ni Berkawan Jer Ker? Habis Kenapa Kapel Nak Sagat Berkapel? Takut Kawan Rapat Die Diambil Orang? Kalau Camtu, Kahwin Ke Tunang Ke? Tapi Susah Gak Kan Kalau Nak Kahwin Bila Ade Scholarship? Jadi Tunggu Jer La Sampai Langsai Hutang Ngan Kerajaan, Tengok Tanggungjawab Dah Cukup Belum Barulah Bercinta. Kalau Camtu Lagi Senang Nak Jaga Kawan Baik Ko Tu Kan... Ehehe.....

Cakap Pasal Tanggungjawab, Tanggungjawab Dah Cukup Ker Tak Ker, Camne Korang Tafsir? Sembahyang Cukup, Ibadat Cukup, Buat Baik, Tanggungjawab Agama Dah Cukup Ke Kalau Camtu? Ape Batas Tanggungjawab Cukup Ke Tak? I Mean, Of Course La Kena Sembahyang Buat Baik Tapi Sebanyak Mana Tu? Setiap Perbuatan Kita Dikira Kan? Camne Nak Tahu Yang Kita Buat Tu Baik Atau Tak? Mungkin Pada Pandangan Orang Ni Baik, Orang Tu Len Pulak Pandangan Dye.... So Camne? Susah Gak Nak Beritahu, Kan? Dah La, Nak Tidur Pulak... Pening Kepala.... Salam~~

Friday, June 4, 2010

Aku Penagih....

Addicted Much??!! Tu Je Yang Aku Leh Kate Pasal Certain Someone Lam Rumah Aku Nih..... Ade Yang Addicted Men Gitar, Ade Yang Addcted Ngan Laptop Die, Ade Gak Yang Addicted Berderat (Orang Ganu Cakap Derak, So, Yer Kot Berderat).... Aku Pun Addicted Same... Addicted Terhadap Satu Game. Game Yang Orang Sini Langsung Tak Main... Aku Pun Tak Tahu Kenape, Best Kot Game Nih- Ngan Grafik Yang Sangat Best, Ngan Power Yang Amat.... Should I Say, Awesome.... Dan Quest Yang Boleh Amik Mase Satu Tahun Nak Siapkan, Not To Mention Bilangannya Yang Siyesly Shit Banyak.... But Still, Aku Addicted. Sebab Dalam Game Aku Leh Jadi Sesape, Aku Leh Jadi Budak-Budak Yang Setahun Jagung, Or Sesape Jer.... Giler Best Game Nih, N Takde Sape Dalam U Aku Men Game Nih... Mungkin Sebab Sibuk, Mungkin Dieorang Kate Game Ni Melaghokan, But Aku Tengok Dieorang Duk Depan Laptop Gak, Same Jer Ngan Aku. Ape Beza Dia? Beza Aku, Aku Berkomunikasi Ngan Orang Luar Melalui Game Nih Dan Dieorang Berkomunikasi Ngan Skype Atau Ym Atau Ape Ntah Yang Lain.... Takde Sense Of Pleasure Bagi Aku Macam Tuh.. Hu~~~ Hahaha.. Sape Kate Medic Takleh Jadi Gamers? Sape? Huu~~


Gam eYang Aku Main Nih Name Die Game Zu Online... Ce Cari Name Game Nih, Die Pasal Lagenda Cina... Sangat Best.. Tapi First Aku Nak Tido La Dulu.... Mengantuk... Nyte~~~ (Padahal Nak Main Game Nih) Salam~~

Tuesday, June 1, 2010

Pening Aku Tengok Bebudak Gaduh Pasal Nih???

Kenapa orang suke berpolitik? Okay, sebab nak pilih ketua kerajaan, sebab nak kerajaan yang mentadbir dengan lebih baik, sebab dah borink dengan keamanan yang dah ade skunk so nak buat satu kontroversi pastu dapat glamor n saje nak memperbodohkan diri?(Upppsss) Tapi yang mana kerajaan lebih bagus? Yang mane lebih baik? Dalam otak kite masing-masing berbeza... cam kalau otak mat rempit akan kate yang kerajaan yang wujudkan racing port supaya tak berlaku racing haram, tapi benda tu bukan baik sangat sebab racing buat jahanam nyawa.... kalau otak dadah pulak mungkin kate yang kerajaan bagus adalah kerajaan yang wujudkan farmasi yang menggunakan orang percubaan dengan semaksimal mungkin... so, yang mane kerajaan yang baik? Kate si Z, kerajaan yang bagus adalah kerajaan yang belum dicuba lagi tapi cube lihat kawasan yang dia dah ambik dulu. Ade satu tempat tu, ada pembinaan yang dibuat oleh parti tu sebab kate nak tingkatkan ekonomi, so, orang pilih die.... tu dah 20 tahun dan bangunan tu masih tinggal tiang... contoh je la....

Aku tak berpihak pada sapa-sapa atau mana-mana sebab tak best pun aku pikir... lagipun aku kena ngundi lambat lagi, lam 5 tahun g sebab aku masih muda,.... tak masuk 20-an g... muaahahaha... masih kecil.... kot.... matang mungkin... jap2, dah lari subjek... back to the point, fikir punye fikir, aku malas nak fikir.. korang fikirkan ek... nyte....

Friendship.....

Words of the day, coming from a friend, a wonderful friend about the mistakes that we make, the life that we make, all the things that we had done…. Do we ever think about what might have affected our lives? What matters most with our life and what can be left untouched? All this years, all this time, we were preoccupied with what is going to happen to us then rather than we look what is happening to us now. We always look what is behind us but lack in looking what is around us. What is it that had changed? People say that everything changes with time, but then again, people also say relationships will always stays the same….. Relationships, the one thing I lack on, the only thing that I hold on to….. but then again, who listens to dear lame me…..

Saturday, May 22, 2010

Tag Yus Yang Okey La Jugak....

First Time Kene Tag…. Hahaha…

So, Let’s Get On With It!!

1. Adakah anda merasa HOT?
Tak De La Hot Sangat, Baru Hujan… Plus, Baru Mandi… Sejuk….


2. Upload wallpaper yg anda guna sekarang

3. Ceritekan pasal gambar tersebut.

Gambar Ini Direka Sendiri Dan Melambangkan Ke-Tidak Kesah-An Aku Untuk Hidup, Tetapi Terpaksa Pasrah Dengan Keputusan Sendiri…. Agak Tak Masuk Akal Kan?

4. Bile kali terakhir makan pizza?

Pizza Bread Talk Pun Dah Lame Tak Makan, Tanye2 Nak Belanje Pizza Ke? Malam Ni Ar….

5. Lagu terakhir yang anda dengar?

Birthday Sex By Jeremiah, Jangan Fikir Bukan2….

6. Ape yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?

Main Zu Online, Download Citer Ghost Whisperer, Duk Depan Kipas, Minum Air… Multi Kan Aku….

7. Selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?

Ade Ker? Tak Ingat La….

8. Tag lg lapan orang.

Aku Tak Tahu Nak Tag Sape, So, Aku Tag Yang Ade N Takde Blog Trus… Hahaha

Kapt

Naim

Yus

Wawa

Farah

Afiq

Asip

FikuriKuri

9. Siapakah orang no1 kepada anda?

Seorang Kawan Yang Bermisterius, Kadang-Kadang Takut Nak Cakap Ngan Dye Tapi Sekali Cakap, Sedap Lak Rase… Hahaha

10. Katakan sesuatu mengenai orang ke-5

Kakak Rockers Yang Penuh BerKarisma, Bijak Kot…. Fuhhh~~~

11. No 3 ade hubungan dengan siapa

Dengan Buku Tak Kire Ker? Aku Tahu Die Ade Tapi Tak Tahu Sape….

12. Bagaimana pula dengan no 4?

Suke Bagi Penumbuk…. Tumbuk Kang Baru Tahu….

13. Pesanan buat orang no 6

Cukup La Jadi Orang Market, Kesian Ko Nanti

14. Kata-kata cinta untuk orang no 2

Kelakar, Sedap Duk Sesame, Pastu Suke Buli Ke-Gendut-An Aku….

15. Adakah no7 dan no8 mempunyai persamaan

Dua-Dua Suke Mengaku Cam Budak2, Usia Lagi Tuer Dari Aku…..

16. berikan 5 yang anda tahu tentang orang yang men-tag anda

i) Alim
ii) Suke Tido Lam Kelas
iii) Tadi Buat Benda Kelakar Lam Kelas
iv) Ske Tengok Korea

v) Ske Studo….

17. Persamaan antara kambing dan lembu.

Due-Due Sedap Dimakan, Buat Kari Ke, Panggang Ke, Layan~~

18. Perasaan anda wat tag ini.

Dah Memang Takde Per Nak Buat, So, Layan Jer La

19. Adakah anda tahu si Rizman itu sengal?

Rizman Tu Sape Ek?

20. Gay or Les?

Sejenis Makanan Ke? Tak Tahu Pun….



Monday, May 17, 2010

Menghitung Hari....

Banyak Yang Ingin Diceritakan,Banyak Juga Yang Ingin Dipendamkan…. Sudah Puluhan Kali Dokumen Dihasilkan, Namun Tidak Tergerak Hati Untuk Dipublishkan… Mungkin Sebab Ayat Yang Digunakan Begitu…. “Mendalam” Sehingga Takut Mengguriskan Hati Sesiapa Yang Membaca… Aku Tidak Seperti Yang Lain, Hanya Memaparkan Apa Yang Mampu, Hanya Yang Tidak Lagi Ingin Dibiarkan Terkunci Di Hati Yang Kecil Ini. Hati Ini Sudah Menutup Niat Untuk Mengata, Merapatkan Ruang Mulut, Mengeraskan Otot Lidah Untuk Mengata Namun Suara Hatiku Masih Perlu Untuk Dilempiaskan Nafsunya… Dahulu, Aku Berjanji Untuk Tidak Lagi Berpuitis Di Dalam Ruang Luahan Hati Ini, Namun Apakan Daya, Jiwa Menjadi Tidak Tenang Sekiranya Tidak Dipuaskan…..

Pada Malam Detik 12.00 Ini, Mata Sudah Ingin Melabuhkan Layarnya Namun Masih Ada Yang Terkubur Di Jiwa…. Sekiranya Hari Ini Ramai Yang Melihat Senyuman Ku Yang Tidak Semanis Dirinya, Tetapi Di Jiwa Masih Memegang Awan Yang Pilu…. Aku Masih Keseorangan, Aku Masih Kesunyian, Aku Masih Kesepian Walaupun Teman Ada Di Sisi…. Apa Yang Ku Harapkan Adalah Tiada Permusuhan Antara Teman, Tetapi Ibarat Memegang Bintang Di Langit Malam- Tidak Mungkin Terjadi Walaupun Kelihatan Sangat Mudah…. Ada Yang Mengatakan “Itulah Lumrah Persahabatan, Bertikam Lidah, Lebam, Luka, Itu Semua Terjadi Untuk Merapatkan Hubungan Antara Kita” Tapi Hati Ini Masih Terguris… Memang Itu Lumrah Kehidupan Tetapi Kenapa Itu Harus Berlangsungan, Kenapa Itu Harus Berterusan… Di Sini Aku Masih Menghitung Hari Di Mana Saat Kita Kembali Bergelak Ketawa, Kembali Menyapa Antara Kami….

“Sahabat Ada Di Sekeliling, Jangan Risau Pada Yang Satu”, Kata Yang Sering Didengari Tetapi Hati Masih Mengatakan “ Satu Tiada Ibarat Rumah Tiada Hiasan, Kekal Berfungsi Tapi Tidak Menarik Dilihat, Sahabat Lain Masih Mempunyai Sikap Yang Sama Tapi Tanpa Kawan Yang Satu, Kelihatan Dunia Di Dalam Pandangan Yang Kosong- Dia Membawa Keseronokan Pada Objek Yang Kaku, Membawa Kebahagiaan Di Dalam Gambar Yang Palsu…. Hanya Itu Yang Mampu Diperkatakan….

Memang, Diri Masih Tiada Teman Sehidup Semati, Walaupun Usia Sudah Melanjut Tiba… Kerana Itu Diperlukan Sahabat Untuk Mengisi Ruang Hidup Yang Kosong… Amat Pilu, Amat Kecewa, Melihat Teman Berpegangan Tangan Bersam Teman Sehidup Semati Mereka, Bersedia Menghadapi Kisah Hidup Masa Hadapan Bersama, Bersedia Menghadapi Cabaran Yang Terpapar Dihadapan Mereka… Adakah Suara Hati Ini Akan Sampai Kepadanya Yang Tersemat Di Jiwa, Yang Sudah Bertakhta Di Hati Tanpa Disedarinya, Atau Hanya Aku Yang Bertepuk Sebelah Tangan… Hanya Masa Yang Menentukan… Sampai Masa Untuk Mimpi Mengarah Tiba… Selamat Malam…..

Monday, March 8, 2010

Luahan Perpisahan....

Aku Berdiri Mendiamkan Diri, Menyedari Akan Kesilapanku Terhadapmu Ketika Masa Yang Lalu. Aku Yang Bersalah, Aku Tahu Bahawa Itulah Kata-kata Yang Ingin Kau Dengarkan, Ungkapan Yang Kau Harapkan Namun Lidahku Tidak Mampu Untuk Menuturkannya. Sedang Angin Bayu Meniup Lembut, Menyentuh Pipiku, Fikiranku Melayang Kepada Kisah Lalu – Di Saat Kita Bergembira Bersama. Pelbagai Aktiviti Dilakukan, Berbagai Jenaka Kita Tawakan, Puluhan Peristiwa Kita Harungi, Semuanya Bagi Mematangkan Diri Dan Jiwa Ini. Namun, Pada Tika Itu, Fikiran Ini Masih Belum Sedar Akan Kenyataan Itu….

Di Sini, Aku Berdiri, Mengharapkan Keampunan Darimu Walaupun Tahu Kamu Tidak Mungkin Akan Memaafkanku Atas Kesilapan Yang Telah Aku Lakukan. Selama 4 Bulan 13 Hari Kita Tidak Berbicara Sekalipun Banyak Yang Ingin Ku Luahkan Lagi Padamu. Hanya Kerana Itu, Air Mataku Tidak Berhenti Menitis Daripada Wajahku Yang Penuh Dengan Kekesalan Ini, Hanya Mampu Memperhati Dari Jauh, Hanya Mampu Melihat Senyumanmu Sendirian Tanpa Senyumanku Di Sisi. Aku Rindukan Saat Gembira Kita Bersama, Tika Kamu Sebagai Teman, Kamu Sebagai Sahabat, Kami Sebagai Ahli Keluarga….

Aku Mengaku, Kamu Ibarat Ahli Keluarga Ku Sendiri, Seorang Adik-Beradik Yang Melindungiku, Seorang Adik-Beradik Yang Aku Lindungi, Ketika Itu, Tiada Siapa Yang Mengata Kita, Tiada Yang Memutuskan Kita…. Tetapi Kini, Aku Hanyalah Memori Hitam Dari Masa Lampau, Tidak Mampu Lagi Untuk Hidup Di Sisimu Setelah Kesilapan Yang Aku Lakukan, Setelah Tiada Lagi Belas Kasihan Daripada Matamu….

Mereka Berkata, Sekiranya Mimpi Itu Menunjukkan Wajah Orang Yang Kita Kenal, Bermakna Orang Itu Ingin Berjumpa Dengan Kita. Sekiranya Begitu, Pasti Aku Selalu Hadir Dalam Mimpimu Kerana Tidak Mampu Lagi Untuk Aku Menahan Perasaan Ini, Perasaan Untuk Berjumpa Denganmu… Akhir Kata, Ini Hanyalah Luahan Insan Yang Terluka Hatinya Kerana Kepercayaan Persahabatan Yang Tidak Utuh Lagi Dan Mengharapkan Pertemuan Kembali Dengan Suasana Yang Bahagia……

Thursday, March 4, 2010

A Word To Wonder....

Hari Ini Berlaku Satu Kejadian Yang Membuat Aku Berfikir…. Fikir Tentang Kehidupan Menjadi Doktor, Kehidupan Apabila Sudah Graduate Nanti, Cerita Dia Bermula Setelah Aku Membuka TV Setelah Penat Perah Otak Membaca Buku (Membaca La Sangat, Taraf Belek-Belek Je Kot)…. Buka TV Tuh, Tekan Channel AXN, Nampak Citer CSI:NY…. Feberet Nih… Berlaku Adegan Yang Sedih (Taklah Sampai Menangis) Di Mana Kenalan Danny Messer Meninggal Masa Atas Jagaan Dia… Budak Lagi Tuh…. Tapi Bukan Salah Danny Tuh… Tengok Season 4 Episod 11 Eyh Kalau Nak Tahu Ceriter… Tapi Tu Penggerak Yang Membuat Aku Berfikir…. The Next Round…..

Fikiran Aku Melayang Kepada Mungkin Masa Depan Yang Aku Miliki (Bukan Berkhayal Kay)… Seorang Ibu Datang Menyerahkan Anaknya Untuk Dirawati Oleh Kepakaran Ku (Chee~~) Dan Aku Menerimanya, Berfikir Bahawa Memang Itu Tanggungjawabku… Tapi Mungkin Atas Kelewatan Diagnosis, Atau Kesalahan Diagnosis Atau Kesilapan Lain, Anak Itu Meninggal Di Bawah Jagaanku…. Di Sini Akan Muncul Dilema Seorang Doktor… The Next Round….

Bagaimanakah Akan Aku Beritahu Kepada Ibu Anak Tersebut? Dulu Ketika Mula-mula Memasuki Semester Satu, Kitorang Diajar, Dilatih Agar Tidak Berlaku Titisan Air Mata Pada Keluarga Pasien. Dulu Di Dalam Hati Tertanam Niat Untuk Menyelamatkan Semua Yang Datang Meminta Pertolongan Kesihatan…. Tetapi Apabila Berlaku Kejadian Ini, Bagaimanakah Kita Ingin Memulakan Perbicaraan Kita? Bagaimanakah Hati Ini Ini Mengungkapkan Kata Simpati Pada Ibu Yang Menaruh Harapan Tinggi Pada Kita Untuk Menyelamatkannya?... The Final Round…..

Seseorang Pernah Berbicara, Alah Bisa Tegah Biasa… Ungkapan Yang Biasa Didengari…. Mungkin Setelah Beberapa Kali ‘Membunuh’ Pasien, Mungkin Akan Biasa Untuk Mengungkapkan “Maaf, Tuhan Lebih Menyayangi Si Polan” Tetapi Mampukah Hati Ini Untuk Menahan Melihat Mereka Menangis Setelah Percaya Bahawa Kita Mampu Untuk Mengubatinya… Mungkin Tidak Apa Tetapi Cuba Fikir, Bagaimanakah Mereka Melihat Kita Di Mata Mereka…. Malam Ini, Akan Terfikir Di Dalam Otak, Bagaimanakah Aku Menghadapi Situasi Tersebut….

Tuesday, March 2, 2010

Dunia Yang Pelik Di Rumah.....

Indahnya Di Kala Pintu Rumahku Dibuka, Mempelawaku Masuk Ke Syurga Dunia Yang Sebelum Ini Hanya Terbayang Di Ingatan…Tetapi Tika Langkah Melangkah Masuk Menuju Ke Bilik Tidurku… Aku Terkedu Seketika…. “Asal Sume Barang Nampak Rendah? Atau Semuanya Mak Aku Potong Buat Kasi Rendah”. Sampaikan Katil Aku Pun Sknuk Paras Lutut Jer….Plek2… Huhu… Takpe La, Penat Sangat Travel Dari Jakarta Pulang Ke Kota (Terengganu Kota Okay…)…. Esok Je La Fikir… Onto The Next Round…..

Esok Pagi, Dapat SMS Untuk Aktiviti Hari Itu… Whaaa~~ Dari Pagi Sampai Petang Penuh.. Berjogging Ngan Cik T, Berbadminton Ngan Abang L, Berfutsal Ngan Saing-Saing Kampung Malam Berjelajah Pantai Mencari Orang Membuat Uuppssss~~ Hahaha… Dapat Gak Cekup Sorang Due… Malam Tu Memang Penat… Macam Kita Yang Kena Cekup…(Bukan Aku Kay) (Nak Jugak Tapi.. Peace~~) The Final Round…..

Pagi Hari Ini Pulak… Ada Niat Nak Mengemas Rumah.. Kemas2 Rumah, Terus Berjalan Tengahari Tuh… Daqpatlah Akibat Buruk Sebab Dah Lame Tak Bawak Muto… Tapi Bukan Salah Aku Pun… Keta Yang Langgar Tepi Muto Aku.. Sedeyh2.. My One And Only Transport Hilang… Huwaa~~~ Takpe La… Malam Ni Terpaksa Duk Rumah Ngan Family.. WHAT??!! Mak Aku N Ayah Aku Nak Kuar Berdua Malam Ni?? Pelik La Dunia Family Aku Malam Ni, Parents Yang Keluar, Anak Duk Diam2 Kat Rumah.. Waa~~~ Sedeyh2, Paper Pun, Best Jer Duk Kat Rumah…. Esok Ke Sekolah, So, Until Next Time….

Saturday, February 27, 2010

Aku Makin Kurus, Makin.....

Perjalanan Jauh Tak Ku Sangka,

Kerna Hatiku Melonjak Sama,

Ingin Berjumpa Sanak Saudara,

Yang Selalu Bermain Di Mata….

Itu Sahaja Yang Hatiku Nyanyikan Di Atas Lantai KLIA Ni…. Jam Berdetik Begitu Lambat Mengalahkan Siput Babi Dan Suku-Sukunya… Orang Ramai Ke Hulu Ke Hilir Mengejar Destinasi Yang Ingin Dituju Tapi Disebabkan Tiket Aku Adalah Pada Pukul 7.45, So, Aku Tersengguk-Sengguk Di KLIA Ni Macam Pengemis Mencari Makan…. Sekarang Fikiran Sedang Melayang Kepada Teman-Teman Di Malaysia, Camne La Dyeorang Tengok Aku Sekarang – Kurus, Kejantanan Yang Memang Jauh Makin Maju Dan Senyuman Yang Still Manis… Lebih Kurang La… Sabar Je La Adib…. Jam Berjalan Dah Betul Cume Ko Jer Yang Terlalu Excited…. Huuu~~~

Wednesday, February 24, 2010

Cinta Berjawapkan Tak....

Pernah Sekali Kamu Bertanya, “Sanggupkah Kau Renangi Lautan Berapi Untukku?”. Hanya Satu Perkataan Yang Ku Luahkan “Tak”. Aku Tahu Itu Bukan Jawapan Yang Kau Harapkan Tetapi Hanya Senyuman Yang Dirimu Ukirkan Sebelum Pertanyaan Seterusnya. “Sanggupkah Kau Melukakan Dirimu Sekiranya Aku Ditangkap Dan Itu Adalah Syaratnya Untuk Aku Melepaskan Diri?”. Juga “Tak” Yang Menjadi Pilihanku. Senyumanmu Mula Menghilang. “ Sanggupkah Kau Membunuh Diri Sekiranya Aku Mencari Yang Lain?”. Masih Jua Aku Meluahkan Satu Kata- “Tak”. Saat Itu, Kau Terus Menitiskan Air Mata Dan Berpaling Daripadaku. Tidak Mampu Untuk Aku Memujukmu, Tidak Larat Untuk Aku Memanggilmu Kembali.

Kini, Di Hatiku Terasa Kehilanganmu, Namun Aku Masih Berpegang Pada Jawapanku- “Tak”. Kerana Aku Tidak Sanggup Untuk Melihatmu Risau Sekiranya Lautan Api Itu Menelanku Sebelum Sempat Untukku Mencapaimu. Tidak Sanggup Untuk Aku Melukakan Diriku Padahal Masih Ada Akal Dalam Fikiranku Untuk Membebaskanmu Tanpa Melukakan Diri Ini. Tidak Mungkin Kamu Akan Mencari Yang Lain Sekiranya Di Hatimu Sudah Ada Aku Yang Terpahat.

Namun, Diriku Ternyata Salah Kerana Kau Masih Jua Melangkah Pergi Dariku. Tanpa Sebarang Penjelasan, Dirimu Hilang Daripada Pandangan. Hanya Satu Yang Ku Harapkan, Agar Kamu Masih Mampu Kembali Pada Diriku…

Friday, February 19, 2010

A Question Without An Answer....

“Someone Once Ask Me, “When Was The Last Time I Had Fun?” I Couldn’t Answer. Where Have All The Memories With You Gone To? When Did We Have Our Laughs Together? I Am Becoming Speechless… Seems Like The Time Passes Through Without Looking Back At Us. “You’ve Changed, Even I’ve Changed. Experience Changes A Person’s Life”, That’s What I Always Tell My Heart But Even I Wanted To Deny That Facts. I Missed All The Times We’ve Been Through, I’ve Longed All The Moments We Shared…. But That’s Me, A Boy With All The Longing And Hunger. I’ve Never Thought About You…. To The Next Round….

I Know What You Think Of Me, Having So Much Passion, Or Fascination Towards You That You’ve Becoming Awkward Of Me, Thinking That Others Might Think Differently Of You. I Know ,Or At Least I Hope, That You Are Reluctant To Face Me When Others Are Around You. I Still See You Eyes Seeking For Me, Even When I Know That You Would Never Search For Me. You Are Like A Sibling For Me Nothing More….Onto The Next Round….

Others May Think Differently But You And I Both Know The Truth And That Is What Matters To Me. You Are Only My Sibling. Yes, I Treat You Differently From Others (Though Maybe Lower Than That Of My Family And Girlfriend) But That Is Because I Care For You. I Always Thought That You Are Having Trouble, That Is The Reason I Helped You. I’d Never Thought That It Would Lead To Different Thought… I’m Sorry But That Is Who I Am And Nothing Would Ever Change That…..”

Words From My Heart To Those Who Felt That I’m ‘Different’ From Others…. Please Don’t Judge Me Recklessly…. I Know What You Say Behind My Back And This Is My Explanation Using A Letter From A Movie…. Hope That You Will Stop Stabbing My Back And Keep On Living With Your Life As I Tried To Live Mine…. Lastly Said, Hope You Have A Wonderful Life….

Wednesday, February 17, 2010

Senyumanmu Membawa Kebahagiaanku.....



Hari Ini, Aku Melihatmu,

Sekadar Memandang Dari Jauh,

Melihat Kamu Tersenyum,

Melihat Gelak Ketawamu,

Sedangkan Diri Ini Di Sudut,

Hanya Sekadar Memandang.

Memori Mula Menyusul Tiba,

Hati Mula Berasa Gusar,

Mataku Mula Tertutup Rapat,

Air Mata Mula Mengalir Hiba,

Tidak Mampu Lagi Jiwa Menahan,

Tidak Tahan Lagi Hati Terluka.

Dari Jauh Aku Bertanya,

Dari Jauh Diri Berbicara,

Soalan Ini Ingin Ku Perkata,

Ungkapan Yang Sekian Lama,

Terpendam Di Dalam Jiwa,

Terkubur Di Dalam Luka.

Ingatkah Dikau Saat Itu,

Ketika Senyuman Masih Di Bibirku,

Ketika Kamu Masih Disampingku,

Disaat Tanganmu Mengenggam Jemariku,

Ku Merasakan Pada Waktu Itu,

Kaulah Ibarat Abang Padaku.

Lupakah Dikau Pada Masa Itu,

Kau Menjagaku Sepenuh Hatimu,

Kau Melindungiku Dari Terjatuh,

Kau Tersenyum Melihatku,

Kau Ketawa Merenungku,

Di Saat Kita Bersama Di Situ.

Tapi Aku Telah Leka,

Tindakan Ku Memisahkan Kita,

Aku Terlalu Erat,

Aku Terlalu Rapat,

Persahabatan Mula Berpisah,

Senyumanmu Mula Menghilang.

Kini Ku Menyesal Terhadapku,

Ku Merinduimu,

Kapankah Kita Mampu,

Bertemu Kembali Seperti Dahulu,

Kerana Senyumanmu,

Membawa Kepada Kebahagiaanku….

Monday, February 15, 2010

Penat Jantung Aku......

Jam Berdetik Pukul 11.30…. Kepanasan Pada Hati Ni Masih Belum Reda, Walaupun Tahu Berite Tu Tak Pasti Lagi. UKRIDA Memang ‘Best’, Kelmarin Dapat SMS Dari Teman Sekumpulan, Kumpulan Kitorang Sebab Tak Pernah Present Dalam Pleno, Jadi Kena Present Hari Ni… So, Teringat Ke Pleno, Aku Pun Bangun La Awal, Dengan Pakai Macam Bese, Penuh Semangat Ke UKRIDA Nak Pergi Depan Tolong Teman Yang Present Tapi….. Onto The Next Round….

Sampai2 Duk La Kat Ruang Yang Macam Hell Kepanasan Die, Bukan Setakat Panas, Sempit Tapi Memang Dah Adat UKRIDA Buat Pleno Batch 2009 Kat Situ So, Alah Bisa Tegah Biasa (Berperibahasa Plak Aku Nih). Duk Sat, Nampak S,N,Y,D Duk Dekat2…. Nak Duk Dekat2 Segan, Jadi Duk Sebelah J…. Pastu Dapat Berite Yang Bleh Kire Melampau “Wajib Pergi Seminar Soft Skill 1 March Ni, Kau Tahu Tak?”….. What The…. Tak Pernah Tahu Wujud Pun Seminar Tu, Maksud Soft Skill Pun Cam Blur… Hello, Tiket Flight 27 Feb Weyh, Ingat Senang Ke Nak Tukar Tiket… Mulalah Fikiran Bertukar Dari Pleno Ke Rancangan Nak Balik…. The Next Round….

Tunggu Punye Tunggu Sampai Giliran Kelompok D Untuk Bentangkan Kasus Die And The Winner Is……. D3??? Buat Penat Jer Jantung Aku Degup Kuat, Tak Present Pun,…. Sabar2 Mungkin Pasni Ade Lagi Kot Tapi “Sampai Sini Sahaja Pleno Kita…..” Hampa Lagi (Hati Lega Tak Perlu Present)…. Pastu Bab Seminar Tu Nasib Baik Dipertimbangkan… Kalau Last Minute Die Cakap Wajib, Tak Balik La Aku Jawabnye…. Memang Sial~~~ Hati Dah Rindu Rumah….. Rindu Family Dan 25 Kucing Yang Duk Mengiauw Kat Umah Tu…. The Final Round…..

Balik-Balik Dapat Satu Dajal Plak, Mase Turun Tangge, Tetibe Jatuh, Nasib Baik Cam Kucing, Leh Control Macho (Takde Orang Pun Waktu Tu) Tapi Lebam Kat Tangan Dan Belakang Macam Baru Bergaduh…. Sakit Tak Kire, Budak Tough Kan… Huuu~~~ Pasni Budak A©, A(f), A(S) dan Tetamu A(s) Pulang, Sambung Memahami Kartu Remi…. Manzap…. Esok Exam Anamnesa Jadi Hari Ni Men Berlakon Sorang2 Kat Lam Bilik…. Hahaha… Moga2 Besok Dapat Nasib Yang Lebih Baik Dari Hari Ni, Kalau Dapat Dosen Yang Okey, Alhamdulillah…. Sampai Sini…. Assalamualaikum~~

Sunday, February 14, 2010

Memahami Kartu Remi...

Hari Mantap Skit… Bangun Awal (Awal La Dari Kemarin), Bangun2 Sempat Gak Layan Buku Modul Yang Dah Berhabuk Giler Tak Bacer, Sejak Dari PBL Lagi…. Pastu Terus Melayan Lagu Yang Cambest… Tajuk “You’re Not Me” Dari Sundtrack Kartun Anime…. Seswai La Ngan Aku Yang Memang Orang Tahu Minat Yu-Gi-Oh…. Hahaha…. Tak Main La Lagu Jiwang Even Though Hari Ni Valentine... Aku Tak Sambut Natang Tuh Sumer.... Lagu Tu Tunjukkan Yang Kite Adalah Kita, Bukan Orang Lain, Bukan Monyet Tepi Jalan, Tapi Kite…. So, Jangan Cube Berlagak Macam Orang Lain Leh Jadi Kita, Kate “Kalau Aku La….” Sangat… Kau Bukan Aku Kay. Unless Aku Tanye Pendapat Kau… Anyway, Onto The Next Round…

Pas Semayang Zuhur, Tido Jap… Pastu Dikejutkan Oleh Si Z, Kate, Pasport Dah Siap, Main DotA Jom…. Baru Bangun, Masih Mamai, PK First ‘Ape Kaitan DotA Ngan Passport Siap’ Mushkil2…. Tapi On Jer…. Terus Mandi, Pakai Jacket Baru N Terus Ke Rumah Die… Sampai2 Terbantut Niat Nak Men DotA, Yer La, Laptop Tak Bawak, Pastu Lak, Macam Malas…. Niat Je Lebih…Huuu~~~ The Next Round….

Balik Sini Ngan R,A,H…. Disebabkan Ingin Memahami Kartu Remi Yang Banyak Kali Disebut Oleh Dosen Satu Hala Kita, Aku Diajar Satu Game Yang Mengejutkan Hati Kecil Aku…. Game Poker (Tak Men Duit So, Tak Judi Kan?). Belajar Rules Yang Tah Pape… Sepanjang Pelajaran Tuh, Tengok Si A© Tu Main… Kelakar Gak, Tengok Care Die Main Macam Dah Pro.. Wow… Muke Pon Dah Leh Kire Poker Face… Mantap2… Last, The Final Round…..

Main Tak Main, Sampai Lam Kul 10.30 Tadi… Mula Pikir Care Nak Sedapkan Game… Ade Yang Buat Cadangan Bernas, Bile Kalah, Kena Minum Air Aqua Satu Gelas… No Hal, Tapi Kalau Dah Main 20 Kali, Mau Terkencing Lam Seluar… Mantap Gak Idea Tuh… Rase Nak Cube Je, Nantilah, Mase Main Atas Kereta Nanti.. Huuu~~~ Dah Penat, Esok Pleno… So… Assalamualaikum….

Saturday, February 13, 2010

Jawapan Yang Tiada Jawapan.....

Salam Pembuka Kate…. Chewahh… Mentang2 Nak Post Puisi… Anyway, Ni Ade Satu Ni, Amik Dari Buku Noa Sendirik, Si A Yang Buatkan… Huhu.. Anyway, Onto Tehe Real Round….

Kenapakah Mulut Sering Berbicara,

Bukan Sesuatu Yang Pasti,

Bukan Pernyataan Yang Benar,

Tetapi Hanya Kata-Kata,

Yang Hancur, Yang Rugi,

Menzahirkan Kecuali Yang Hak?

Kenapakah Manusia Ada Perasaan,

Apakah Hak Mereka Pada Lainnya

Inginkan Mereka Berubah,

Tetapi Untuk Apa?

Keuntungan Diri Atau Keuntungan Mereka?

Adakah Mereka Sendiri Ingin Berubah?

Simpati, Sering Manusia Perkatakan,

Tetapi Hanya Mulut Yang Melakukan,

Hanya Nasihat Yang Diberikan,

Tetapi Mahukah Yang Lain Ikutkan?

Pernahkah Ditanya, Pernahkah Diminta,

Jawapan Yang Tiada Jawapan….

Manusia, Jiwa Mereka Kental,

Tetapi Kentalkah Mereka Untuk Berubah?

Siapa Bilang Mereka Mampu Berubah,

Siapa Kata Dia Boleh Maju,

Sedangkan Dia Sendiri Di Takuk Lama,

Dia Sendiri Masih Melukis Bulatan Di Langit…..

Sedih Sekali, Amat Menyedihkan,

Sepatah Kata, Seukir Ayat,

Mengubah Jalan Hidup Manusia,

Mereka Yang Bertutur Dilanda Senyuman,

Mereka Di Samping Berkeluhan,

Menitis Air Mata Kesedihan….

Puas, Sudah Puas,

Berdiam Diri Di Sudut Ini,

Hanya Menitis Pada Yang Terjadi,

Hampa Terhadap Kehidupan,

Hampa Pada Kelakuan

Hampa Pada Tiada Perubahan……

Malang Sekali, Masa Berlalu Pergi,

Manusia Terus Berubah,

Tiada Putaran Mampu Kembali,

Hanya Sesalan Kekal Di Jiwa,

Hanya Air Mata Yang Mengalir,

Merintih Simpati Pada Mereka…..

Friday, February 12, 2010

Keimanan Bukan Untuk Dipertunjukkan.....

Kenape Orang Suke Merendahkan Keimanan Orang lain?? “ Mengaji Tak Lagi Hari Ni?” “Sembahyang Hajat Tak” “Taklim Pergi Tak? Bagus Tuh….”…. Memang Lah Diorang Bunyi Nak Ajak Buat Kebajikan, Tapi Bab Tanye Menanya Yang First Due Tu Patut Ke Tanye? Tu Hak Seorang mukmin Untuk Melakukan. Tidak Perlu Menunjukkan…. What? Nakkan Appraisal Ker Ape… Okey La, Aku Cakap… Bagus La Korang, Beriman Tapi Please La, Jangan Plak Ko Men Tanye Aku Macam Aku Tak Mengaji, Aku Tak Sembahyang Sunat…. Aku Buat Benda Tu Pun Mase Korang Tak Tengok…. Buat Ape Tunjuk Kebaikan Kiter? Yang Patut Kite Ambik Hati Bukan Depan Mate Tapi Yang Di Hati Kita…. Tu Yang Penting…. Onto The Nest Round…

Bab Taklim, Okeyh Jer…. Aku No Hal Kalau Ade Info Tapi Jangan Pulak Men Tanye Cam Dekat 20 Kali “Pergi Tak Taklim?”…. Memang Bagus, Mengajak Untuk Bermusyawarah Tentang Perkara Yang Baik But Then, Kalau Dah 20 Kali Ajak -Tambah Plak Ngan Menganjing “Tu La, Sebelum Ni Tak Pergi, Kan Dah…..(Censored)”- Tu Bukan Mengajak, Tapi Dah Merendahkan…. Haishh…. Ajak Pun Kena Care Baik… Okay, Maybe Kalau Care Baik Tak Jalan, So What? Yang Penting Kite Dulu Kan? Aku Bukan Nak Marah Orang Mengajak, Tapi Ade Care Kalau Nak Mengajak Buat Kebajikan…. The Next Round….

Maybe Orang Kate “Tanye Skit Dah Marah, Ni Baru Ujian Kecil, Tak Besar…..”,Bukan Marah, Just Making A Statement…. Asal Selalu Jerk Bler Aku Marah Skit Bab Sentuh Agama, Mula La Kate Itu, Kate Ini….. Yang Penting Bukan Ke Diri Sendiri. I Admit, Aku Bukan Orang Baik Tapi Benda-Benda Tu Tak Perlu Tanye…. Selalu Buat.... Kalau Orang Ajak Enjoy Jer, Kate Tak Ingat Dunia, Baik Pergi Buat Kebajikan…. Aku Pergi Pun Bukan Disko, Hanya Berjalan-Jalan Melepaskan Tekanan Dalam Otak…. The Final Round….

Kalau Aku Marah, Cakap Emo… Kalau Aku Sound Cakap Aku Mengajuk, Tapi Cakap Kat Orang Lain…. Depan-Depan La Cakap Weyh…. Be Brave…. Lepas Cakap Baru Buat Natang Tuh…. Ape R…… Dah Panas Nih…. Salam….

Wednesday, February 10, 2010

Pejam Tak Celik2????

Pejam Celik Pejam Celik, Sudah Memasuki 3 Bulan Aku Tidak Bersuara Dengannya. Flashback Kembali, Memang Patut Pun Dia Marah Kat Aku… Banyak Kot Kesalahan Aku… At Most, Aku Terlalu Rapat Dengan Dia…. Rapat Sangat, Kena Marah Ngan Dia. Tak Rapat, Jadi Cam Orang Lain Lak, Kate Kite Sombong… Susah Betul Pikiran Orang Nih…. Haishh… Anyway, Bila Lah Aku Leh Bercakap Balik Ngan Dia… Penat Giler Dah Aku Pikir Pasal Tuh… Tapi Cube Letak Tepi Dulu… Huuu… Harap Pani Baik La Aku Ngan Dye… Aminnn~~~ Onto The Next Round…..

Hmmm~~~ Besok Ade Kuliah Ngan Remed (Aku Kene Remed.. Sedeyh) But Still Main DotA Ngan Ragnarok (Cam Budak Kecik Jer) Hahaha…. Tapi Study Tetap Study…. Hehehe.. Onto The Next Round….

Hari Ni PBL atau Kitorang Panggil The Base Of Problem In Learning (Courtesy Of A…) Memang Sial La… Ingat Macam Bese,Ikut Giliran, Aku Patutnya Dekat-Dekat Last… Tup-Tup, Bu Anna Panggil ‘Muhammad Adib Thafiq”, Terkejut Hambe… Dahla Name Salah Panggil.... Tak Kisah La, Mungkin First Time Panggil… Tapi Presentasi Memang ‘Mashyukk’… Start Jer, Aku Dah Gelabah… Mane Tak, Transparent Aku Baru Bikin Like 2 Minute From The PBL Start…. Terus Blank.. Nasib Bek Pandai Cover…. Onto The Next Round….

Lepas Turn Aku, Punyalah Mengantuk Lam PBL… Sume Presentasi Cam Samer Jer…. Buat Lawak Bukan Main Kitorang Lam PBL… Cam Ngan Geng Lak Bu Anna Tuh… Si A.J Tu Pun Duk Bertempel Dekat Jer Ngan Bu Anna Cam Besfren…. Kelakar Kot… Si H Ni Pun Present Cam Dosen Dah,…. Biler Masuk Wisuda Ni H?? Hahaha… Anyway, That’s All For Tonight...Salam.....